20 December 2013

Pengalaman di sekolah

Assalamualaikum readers


Awatlah aku tak terpikiaq update pasai pengalaman di sekolah before this sebab (macam- macam pernah jadi) (macam- macam pernah buat) masa aku pi menimba ilmu dekat SMK Bandar Baru Sintok. Aku ni taklah buaih tapi nakal, orang takkan nampak kenakalan aku disebalik muka aku hat innocent ni puiii bajet innocent. Godai!!! Hahahahaha

Pengalaman 1:

Biasalah dah nak dekat SPM, cikgu- cikgu semua busy cari soalan tahun- tahun lepas, ada yang pi meeting, ada yang busy gila so agak ramailah cikgu tak hadir ke sekolah then aku dengan kawan- kawan aku ni malas nak pakai uniform sekolah so kami pi buat peraturan sendiri dengan pakai t-shirt sukan. Sekolah aku ni setiap pagi ada perhimpunan tapi disebabkan aku form 5 kami ada kelas tambahan waktu pagi so memang tak kena lenguh kaki pi beratoq dekat tapak perhimpunan dengan junior junior kesayangan. Aku dengan kawan aku pun mai sekolah pakai t-shirt sukan, best gila boleh kangkang luaih- luaih takyah iron lagi. Tapi... ada pengawas mana entah pi report dekat cikgu pengawas then cikgu tu mai buat spotcheck dekat kelas- kelas form 5 yang lawaknya dia start spotcheck dari kelas- kelas hat belakang dulu then baru kelas aku, so aku dapat tau, bila dia mai kelas aku ja, aku dengan kawan aku dari dok duduk atas kerusi pi lari duduk bawah meja kawan aku sebab cuak takut kena marah dengan dia, nasib baik dia tak masuk kelas aku tengok sensorang, dia berdiri dekat pintu masuk kelas aku ja and satu lagi nasib baiklah time tu kelas aku memang semua orang busy jalan merata, memang susah dia nak nampak aku dengan kawan aku, Ifa dok bawah meja dengan muka cuak tak terkata. Sumpah lawak time tu.

Pengalaman 2:

Aku ingat lagi masa aku form 3 tak silap time bulan Ramadhan aku tetiba ja rasa macam nak bagi something dekat mak cik/ pak cik cleaner sekolah aku. So, aku pun ajaklah kengkawan aku join sekali. Lepas rehat kot kami pi bagi dekat depa, aku bagi macam- macam dekat depa, rasa puaih and seronok dapat bagi  something dekat orang yang dah berumuq and buat keja berat- berat ni, even aku pon tak buat dekat rumah. So, start dari situlah aku mula rasa nak bina rumah orang tua bila aku besaq nanti, aku nak simpan duit bebanyak then buat bangunan besaq- besaq untuk depa. Sapa hat buang mak pak tu memang bangang. 

Pengalaman 3:

Aku suka makan, makan makan makan. Tidoq pun aku suka jugak tapi bila dekat sekolah aku takleh nak tidoq cuma aku mengantuk tapi takleh tidoq. Get it?  Pagi- pagi kalau aku mai sekolah awai, aku akan ajak kawan aku pi kantin teman aku beli teh ais or kuih muih dekat sana sebab time perhimpunan boleh makan senyap- senyap. Teruk gila, buat macam kebuluran. Lepas habis perhimpunan, semua masuk kelas belajaq aku dengan geng- geng aku selalu tengok jam dinding kalau rosak depa akan tanya aku "weh, miyah pukul berapa dah" aku jawab then semua kata "lapaq ni, lapaq kuih burger", kami semua ada fikiran yang sama. Fyi, masa form 5 ni selalu gak ah keluaq rehat lambat then kuih burger selalu habis, biasalah paling laris kateko! Disebabkan kuih burger habis kami akan beli donut sekurang- kurangnya 3 bijik, tapi aku selalu jugak beli 6 bijik biasalah kebuluran. Haaaa tapi kalau dapat keluaq awai, tangan aku akan penuh, poket baju aku akan kembung sebab aku shopping macam- macam kuih like kuih burger(6bijik) donut (3bijik) teh aish (sebungkus) sandwich (1or2 bungkus) then aku akan makan time cikgu- cikgu tengah mengajaq. Hahahahahaha time aku makan tu, kawan aku yang paling annoying, Amzar akan kata "cikgu, miyah makan" while senyum jahat dekat aku. Sometimes kantoi, sometimes dak sebab ada ja Amzar ni kacau aku, tak padan dengan rambut maggi. Hahahaha btw aku rindu dia(takdak kaitan)

Pengalaman 4:

Aku rasa pengalaman ni paling teruk aku pernah buat dekat sekolah taktau pasaipa. Dulu masa form 1, aku ada boyfriend nama apa entah aku dah lupa. Hikhikhik. So, dulu aku selalu bawak phone pi sekolah, tak silap aku takdak spotcheck phone sebab well yalah, aku dok bawak tapi tak pernah kena rampas pun not even once. Aku dok depan sekali masa form 1 and aku selalu text dengan boyfriend aku, taktau text aku, tapi memang selalu ah yang peliknya aku tak pernah kantoi dengan sesapa pun tambah lagi dengan cikgu. Hahahahaha, legend gila aku. Tolong jangan buat macam ni ya adik- adik tapi yang syioknya masa aku form 1 result aku elok ja walaupun aku dok main phone dalam kelas tapi janganlah tiru, cik nak cerita pengalaman cik ja. Hahahahahaha

Pengalaman 5:

Aku jadi pengawas dari form 2 sampailah form 4, form 5 aku letak jawatan sebab well ada sebab tertentu. Then aku drop subject add maths, aku rasa macam heaven gila! Setiap kali akalu ada waktu add maths, aku dengang kengkawan aku selalu pi kantin cari makanan sebab tak tahan lapaq, eeeish direct makan patutlah lembab aku ni haaaa, padanlah muka hang!

Pengalaman 6:

Masa form 5, aku dapat Sir yang paling selamba untuk ajaq English. Sir selalu bagi homework tapi aku tak pernah siap, tak pernah sekali pon, bajet pandai English weh macam ni lah jadinya. Setiap kali waktu English aku mesti sembang, makan, kacau Ashraf, gelak- gelak & banyak lagi. Tapi, setiap kali kalau aku tengah buat benda hat tak sepatutnya Sir mesti panggil aku suruh jawab soalan, baca petikan, itulah inilah, sometimes kena marah dengan dia pun ada. Hahahaha. Time kena jawab soalan dengan baca petikan tu lawak sebab aku tak pernah concentrate time dia mengajaq jadinya aku taktau nak cakap apa, kawan- kawan aku pon sama ja macam aku so takdak sapa dapat tolong kenalah dengaq bebelah Sir like "saya peliklah, saya punya ajaq tapi kami tak focus, kamu nak spm ni......" and so on.

AKU TAK SEDAQ PON DOK CAMTU JA!!! Hahahaha teruk!

Pengalaman 7:

Sekolah aku ni disiplin agak ketat jugak, agak ketat k. Masa aku form 1 aku selalu mai sekolah lambat, bukan salah aku tapi salah parents and adik- adik aku yang melengah-lengahkan masa dengan bangun lewat, bersiap lewat and sometimes adik aku, Uwais ada ja dia tertinggal stoking, kasut, buku and sometimes BEG SEKOLAH????!! Apa masalah dia pon aku taktau, ada ja nak bagi aku pi sekolah lewat, kalau dah situasi macam tu memang takdak harapanlah aku sampai awai sekolah, redha ja lah. Rumah aku dengan sekolah ambik masa 30 minit, kalau bertolak pukul 6.45am memang confirm sampai awai tapi aku selalu bertolak pukul 7am, 30 minutes left kan? Sometimes, pagar sekolah on the way tutup aku baru sampai but sometimes, pengawas kedekut so depa tak bagi peluanglah. Disebabkan aku selalu lewat, aku selalu kena denda kutip sampah, macam taik gila ah tapi yang tu takpa lagi, nak tau pasaipa? Yang teruknya aku kena berdiri depan tapak perhimpunan dengan pelajar- pelajar tengah beratuq, aku dok ternganga depan depa, dahlah takdak geng tambah pulak haritu aku takdak mood, memang macam susu basi ja muka aku, senyum pun aku taktau macam mana dah sebab aku geram dekat cikgu aku (aipppp, jangan geram- geram dekat cikgu tau) Sebab cikgu dok dendalah, masa form 2 aku tak pernah lewat, not even once (ya kot) Satu lagi sebab aku pengawas, takkan aku nak mai lewat selalu? confirm kena letak jawatan nanti and confirm kena makan dengan cikgu pengawas yang garang tu. Muehehehe.

Pengalaman 8:

Aku pernah jatuh depan sekolah, betapa bendulnya aku time tu. Taktaulah aku dok pikiaq apa kan, dahlah tempat tu bukit & licin & ramai orang dok lalu lalang, sumpah aku malu tak terkata weh. Takmau ingat, nasib baik aku tak nangis time tu. Form 5 dah, takkan nangis kot? Jatuh maruah junior- junior tengok. Muehehe. Nasib malanglah pepagi buta pon, habis baju, kasut & bag aku kotoq. Cedihnyerwz

So, anak- anak....

1- Ikutlah peraturan sekolah, kalau tak anda yang kena denda. Sapa yang teruk? Anda jugak.

2- Berbuat baiklah kepada makhluk Allah swt. Takdak ruginya, kita dapat bantu orang susah&kita sendiri dapat pahala.

3- Jangan dok makan dalam kelas, jangan makan banyak nanti otak lambat pusing, dok statik ja pehtu kurang pandai.

4- Jangan bawak phone ke sekolah/ Jangan main phone di sekolah/ Jangan couple (hm, tipu ni)

5- Janganlah drop subject. Aku drop subject pun sebab memang aku kurang kurang kurang pandai add maths tu. Maths pun lambat apatah lagi add maths? Only Allah knows...

6- Jangan tangguh homework/ Buat homework bagi siap/ Dengaq cakap cikgu

7- Jangan mai sekolah lewat, biaq pi lah kalau tak kena denda pun kalau boleh jangan mai lewat, lewat pun jangan lebih 3 kali. Masa itu emas, mai sekolah awai pi date ngan marka dulu (ini bongok) mai sekolah awai pi lah baca buka ka study ka or buat baik dekat sekolah like kutip sampah, kemas kelas etc.

8- Please time jalan tengoklah keadaan, jangan dok berangan pasai boyfriend ka apa ka, nanti hang jatuh hang jugak yang malu.

banyak lagi pengalaman "nuckarl nuckcarl" yang pernah aku buat dekat SMK Bandar Baru Sintok tapi aku shot term memory, takleh nak sambung cerita lah kan? So, till then..


Aku duduk macam samseng. Diana (bawah) Aku (tengah) Mira (Kanan) Time form 4, orang lain tengah kemas kelas, aku dengan geng aku lepak dekat tangga while nyanyi & buat video gila. Hahaha good old times. Teheeeeee

Salam & Sayonara

17 December 2013

Cita citaku

Assalamualaikum readers

Giat pulak aku update blog kali ni maybe sebab aku boring sangat dekat rumah sampai taktau nak buat apa so, aku pun capai netbook then type apa yang terlintas dalam kepala hotak daku ini. Kali ni aku nak cerita pasal cita cita aku dari aku 5 tahun sampailah sekarang, 18 tahun of course!

 (5-14 tahun)

Hmm, masa peringkat umuq ni, aku nak tunjuk yang aku ni bukanlah budak yang excellent. Aku lambat banyak, susah nak paham tambah tambah maths sebab tu cita- cita pun aku taktau natang apa. Hahaha. Ohh btw, dulu masa aku 5-6 tahun gigi aku selalu patah then aku lap dekat tudung aku then tudung aku dipenuhi darah, pandai dak? And aku macam jantan dulu, tak main ah girly girly. Mihmihmih
(15 tahun) 

 Umuq 15 ja, mesti kebanyakkan cikgu kata kena ada cita- cita, tahun ni nak pmr, kenalah belajaq bersungguh- sungguh masuk sekolah elite (takdak kaitan kot dengan cita- cita) hahaha. Waktu aku form 3, kepala aku dok pikiaq nak jadi doktor ja hat lain takmau, tapi jadi doktor apa pun aku taktau. Pandai dak? Kalau cikgu tanya cita cita sensorang, aku gagahlah kalut tanya orang sebelah nak tiru cita cita depa sebabnya aku blank gila taktau nak jadi apa. Hahaha.
(16-17 tahun)

Masa form 4 bila cikgu tanya cita cita bajet semangatlah jawab tapi tak serious sikit pun sebab malas nak layan cikgu jawab pi la natang apa pun. Kepala hotak dok pikiaq nak balik rumah and nak date lepas kelas. Hahahaha pandai dak? Masuk form 5, cikgu direct buat serious tanya cita cita tapi aku dok garu pala lagu tu lah yang lain cita cita semua kebanyakkan nak jadi popular, dulu nak jadi ustaz/ ustazah la ni model lah, pelakon lah, penyanyi lah, macam- macam tapi hat syioknya ada jugak buat taktau cikgu tanya apa (itu kureng namanya) Tapi, aku dok ternganga sensorang taktau nak jawab apa.

Dulu time tunggu result SPM aku boringlah duduk rumah soooooooo setiap weekend aku selalu jugaklah duduk rumah teman tok aku tengok Safiyya. Okay, Safiyya ada dekat Tv9 hari apa aku tak ingat. Tok aku selalu paksa aku tengok dengan dia, ada ja dia kata tengok cara depa pakai tudung belit sana sini, adik tengoklah. Aku pun tengok sampai habeh tapi taklah selalu tengok tapi(banyak kali) first time tengok aku dah jatuh hati dengan pengacara Safiyya (Liyana Hisham) ya Allah, sumpah dia cantik sampaikan hari tu tengok haritu jugak aku nak jadi host.

SEBAB DIA CANTIK KA AKU TERUIH NAK JADI HOST? 

Dak, aku tengok gaya dia cakap, try makan makanan negeri- negeri lain, melawat kedai- kedai hat comei lote, interview depa ni, interview depa tu membuatkan aku teringin nak jadi macam dia. Aku takdaklah berani sangat nak cakap depan orang ramai, tambah pulak nak masuk dalam tv memang ketaq lutut lah cik tapi kalau diberi peluang, apa salahnya? Nak ja aku jadi host. Teringin tak terkata.

Kalaulah boleh tengok masa depan kita, mesti best kan? Mesti kita belajaq bersungguh sungguh. Tapi, malangnya memang kita tak boleh tengok pun, memang dalam dunia ni apa pun kena bersungguh sungguh, berak pun kena bersungguh sungguh what? Hahahaha, k aku loklaq. So, yang masih lagi dalam kekeliruan pasai cita cita, toksah dok buat tension teruklah, pi belajaq/ keja bersungguh sungguh, insyaAllah kita akan jadi apa yang kita nak jadi. Kuasa Allah swt jangan disoalkan, keep on praying!!!


Aku harap cita cita aku as a host kekal sampai bila bila, and aku harap aku akan jadi host yang agak dikenali suatu hari nanti bukan dekat Malaysia ja malah negara lain jugak. Hahahahahahaha, break a leg!!

Doa memohon berjaya dalam pelajaran atau mengejar cita cita
(source: funcrayons.blogspot.com)


Terjemahan:
'Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan urusan kami)

[Surah Al- Kahfi, Ayat 10]

Salam & Sayonara

Tak semua orang suka kita

Assalamualaikum readers

Dalam hidup ni, bohonglah kalau kita takdak tak suka dekat sesapa even strangers pun kita boleh senang lenang tak suka depa tambahlah orang yang kita kenai, bertambah tambah bencinya. Lumrah hidup.

Kadang- kadang aku ada jugak terpikiaq. Ada dak orang tak suka aku? Ada dak orang benci aku? Ada dak orang anggap aku ni enemy dia? Yala, sebab aku ni well hm hm.... Entahlah, taktau nak describe diri sendiri macam mana, rasa macam banyak yang buruk ja. Malu nak habaq dekat sini. Hahahaha.

Macam mana nak bagi orang suka dekat kita ha? Kita kena selalu friendly ka? Kita kena start senyum dulu dekat orang lain ka? Sometimes, bila kita being friendly dengan strangers, nanti orang kata kita nak menguratlah, gediklah, galaklah, macam- macam. Mulut manusia memang tak mudah, tak mudah cakap benda yang elok- elok ada ja dia nak cakap ikut kepala dia.

Kalau boleh aku nak ja semua orang suka aku, tak kisahlah yang kenai ka yang tak kenai ka. Aku nak semua suka aku. Tapi tu mustahil, sebab tak semua orang suka kita. Takkan.

Seseorang tu hodoh pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu bodoh pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu miskin pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu alim pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu baik pun, manusia boleh tak suka dia.

Kadang- kadang aku pelik jugak, sebab seseorang tu macam salah satu (kenyataan atas) tu boleh pulak manusia nak tak suka dekat depa. Hina sangat ka? lainlah kalau depa ada buat salah ka. Awat kalau seseorang tu miskin, dia ganggu hidup kita ka? Dia takleh bayaq hutang kita balik? piiirahhhh! Tau mana? Entah entah esok lusa dia kaya dari kita lagi, dia bayaq hutang lebih dari apa yang dia pinjam baru kita nak ternganga. Kalau kita kaya apa salahnya kita tolong orang yang susah? Tak rugi apa pun, kita dapat pahala, kita dikenang jasa. Tak syiok ka lagutu?

Yang aku peliknya, kita lagi suka dekat seseorang yang suka buat benda salah. Like, tak lama lagi nak raya  tetiba kawan kita beli mercun and cadang nak baling dekat bebudak perempuan saja nak dengaq depa menjerit, kita pun bengap kot pi setuju then join baling mercun dekat depa. Apa motif kita? Godai lah kalau kita macam ni. As a friend, kita kenalah nasihat kawan kita yang agak bengap tu supaya jangan bengap sangat buat benda yang tak elok, hang tu dahlah bengap dah satgi lagi bengap (yang ni aku gegeh pi tambah) daaaaak! nasihat kawan kita leklok, baru dia sedaq, baru dia paham, InsyaAllah dia tak buat dah kalau dia buat lagipun, tugas kita dah lepas sebab kita dah nasihat tapi dia yang bengap takmau dengaq cakap kita.

tapi.... ada tapinya... kalau kita nasihat then kawan kita takmau dengaq, dia still nak go on dengan benda bengap yang dia nak buat tu janganlah dok mintak dia mati awai ka, kena kacau hantu ka malah kita doa yang terbaik untuk dia. Kita dapat pahala doakan dia then kawan kita tu insyaAllah dia tak buat benda- benda hat tak elok dah. Kan baguih camtu?

Seelok- eloknya biaqlah orang tak suka kita pun asalkan kita tak buat benda buruk. Lagi tu orang tak suka kita, lagi tu kita doakan yang terbaik untuk depa and jangan kita give up buat benda baik dalam dunia ni. Tapi, ingat baik tu biarlah berpada pada, benci jangan sekali tau. Btw, solat ingat jugak (wajib) solat tu tiang agama. InsyaAllah kalau kita solat doa- doa kita akan Allah makbulkan suatu hari nanti.
Manusia memang ada pelbagai jenis perangai. Rambut sama hitam hati masing- masing berlainan tapi janganlah kita senang lenang nak benci seseorang tu, depa pun makhluk Allah swt jugak, sama macam kita ni. Kita pun tak baguih tara mana sangat, nak benci orang pulak???
Salam & Sayonara

13 December 2013

Kisahku di Kptm Kuantan

Assalamualaikum readers


Hai... Rindunya nak blogging tapi jadi malaih teruklah bila kepala kata nak update blog padahai berjuta- juta cerita gua nak kasi tau sama lu.

Alhamdulillah, aku hidup lagi bersyukur terhadap Allah swt. Hahhhh *hembus nafas while kembang hidung* Tahun depan aku dah 19 tahun, besaq dan berumur dah aku ni pon. Agak- agak boleh dakgi buat bini orang? uhux uhux. Btw, aku sedih tengok aku sekarang. Sumpah sedih, macam manalah berat aku dari 45kg boleh pi 56-58kg? Rasa macam gemok&berat gila, target aku 50 ja tapi lemak lemak gatai pi tambah angka kat belakang terpaksalah aku terima pon. NAK BUAT LAGU MANA LAGI?

So, aku kena diet lah nanti. Peha besaq, lengan besaq, muka chubby, habehlah tak dipandang Taylor Lautner. "Janganlah gitu abe". Hahahaha aku perasan k perasan.

Aku dok dekat Kptm Kuantan lebih kurang 4 bulan&beberapa hari. Aku tak pernah rasa syok macam aku rasa time dekat sekolah. Tak syok langsung, rasa macam nak masuk tingkatan 1 balik pon ada. Aku taktau apa yang membuatkan aku kata tak syok maybe sebab Kptm Kuantan ni kecik (gila), facilities agak (sangat) hambar, student tak ramai (langsung) even tahun aku pecah record 900+ student daftar situ. 

 Fyi, aku teringinlah nak cerita pasai orintasi Kptm Kuantan malangnya tak boleh. Janganlah tanya pasaipa tak boleh eh dak dak, aku nak bagitau jugak...sebabnya orientasi tak best langsung and macam sia sia ja. Sumpah aku takdak kenangan apa pon time orientasi, dapat ahli group pun sombong- sombong belaka entah kenal muka aku ka dak pon taktau. Orang segak, hensem, molek manalah nak sembang dengan aku kan? *garu ketiak* tapi takpa aku tak kisah sebab orientasi 3 hari ja then balik bilik sambung nangis(ALL THE TIME) sampai parents&sbilings pon risau and taktau nak buatpa. Boleh dikatakan selepas 2 bulan baru aku 100% normal dekat sana, no more tears (cik besaq dah) ambik masa lama jugak ah aku nak okay pon.

Lepas 2 bulan, aku rasa aku baru dapat kawan hat betoi betoi kawan kot. Masa orientasi, aku selalu dengan roomate aku dengan kakak Iya ja, now I don't really talk with them bukan sombong tapi masing- masing buat hal sendiri so aku dapat kawan baru. Mula- mula aku kawan dengan Peanut (Johorean/classmate) first kenai sumpah dia pendiam then lama lama tudia paling hingaq dalam kelas baq hang and dia pandai gila tapi sumpah humble, bila aku kata "peanut takpalah pandai, dapat byk A dalam SPM" then she said "Ish, Mia ni kenape? SPM je pon hek eleh *muka marah*. Then, aku kawan dengan Tasha (Ganu kite/classmate) well dia ni sentiasa dok selfie sensorang and sumpah dia baik sangat dengan aku, dia layan aku macam adik dia. So, aku dengan Peanut&Tasha bergabung bersatu...

Tak lama kemudian, aku berkawan dengan Sarah (Ganu kite/classmate) sebenaqnya dari orientasi lagi aku dok usha Sarah, janganlah kata aku lesbian bukan apa aku tertarik dengan dia sebab dia sumpah tinggi and comel, tengok- tengok dia classmate aku. Aku ingat lagi masa mula kenai dia, aku dok depan meja dia dengan Tasha/ Peanut and fyi sebelah kiri aku kosong tapi dengan peliknya Sarah duduk belakang meja kosong tu. Aku pun teguqlah dia suruh duduk tepi aku so start situlah kami jadi rapat. Sarah ni lemah lembut orangnya, baik hati (terlebih lebih lebih baik) and self-esteem dia low habeh tahap selalu ja kena marah dengan aku kalau dia kata "saya tak rase" "saya hodoh" etc. Geram ja aku dengaq...

Orang keempat aku kenai pulak, Fiza (Selangor/classmate) kecik kemetot orangnya. Aku start kenai pun sebab kena buat presentation Communication Theory (apakah?) Hahahaha. Aku dengan dia nak beli kertas mahjung dekat Campus Mart (CM) tapi disebabkan hambar sangat CM tersebut, kertas mahjung takdak. So aku decide lepas class nak keluaq pi kedai alat tulis then Fiza join. Time tu panaih gila and kami baru ja kenai/ sembang memang sat ja boleh masuk kepala. Aku dengan Fiza ni kuwajo 24/7 tak pernah nak cakap baik- baik, kalau ya pon satgi ada lah salah sorang ko/hg ingat sweet? Hahahaha

Orang kelima aku kenai, Dylla (Kelantanese/classmate) yaaaa aku dok kawan dengan classmate ja ramai. Dylla ni orang Kelantan tapi cakap Kelantan dakpon, bila dia kecek ja tak macam cakap Kelantan langsung. Aku tak ingat macam mana aku boleh rapat dengan dia. Dylla ni species happy go lucky, dia tak suka campur dalam masalah orang and bila tengok dia memang macam dia takdak masalah langsung (ada ka dak manalah aku nakpi tau) Satu lagi, dia suka kucing bagi dia kucing kena banjir lagi masalah besaq than manusia. Hahahaha pencita kucing kateko! Ohhh, sebelum tak terhabaq Dylla ni pasangan nafsu aku, aku dengan dia suka buat benda bukan- bukan yang 18 above ja boleh tengok (please, jangan tanya apa)

Then aku kenai gang Pekan, aku panggil depa gang Pekan sebab depa 3 orang dari Pekan hiks. Depa selalu 3 orang, yang paling matang/ baik (Zana) yang paling supporting (Ika) yang paling gila nak mampoih suka bagi kawan kawan gelak (Anem) Depa 3 sumpah gila, aku tak pernah jumpa orang segila depa. Kalau sesapa ja ada masalah then pi sembang dengan depa, lupa sat ja masalah. Serious aku tak tipu sebab aku pernah alami dah. Paling aku suka pasai depa ni, depa jenis supporting and tak berkira langsung. Walaupun depa free hair, rambut depa 3 sentiasa wangi. Aku suka bau (creepy-nya aku) Hahahahaha.

Last but not least, aku kenai Miza. Aku kenai Miza sebab..... well takleh cerita walaupun hang tak tanya, aku saja pi nakpi habaq takleh pon. Hahahaha. Miza ni jadi roomate baru aku, dia selalu cakap macam menjerit dahlah suara kalah budak darjah 6 sumpah annoying. Aku dengan Miza selalu bergambaq sesama, bila aku bawak keluaq phone ja, dialah orang first dok tepi aku tersengih sengih sensorang, bila aku tanya "hang pasaipa gila" dia jawab sambil sambil buat muka comei "aku nak ambik gambaq gak, hihi".Aku selalu bash dia, tapi dia takkan berani bash aku, sebab tu aku sayang dia lebih (tipu je) Fyi, tengah tengah malam dia selalu kena rogol dengan aku sampai tak larat nak gelak and penat. Rogol tetipu ja k, jangan terpedaya.


Semua yang aku list nama tu, semua gang aku, semua aku sayang, depalah yang selalu bagi aku happy and if takdak depa aku tak rasa aku student Kptm Kuantan lagi... tolonglah kembangkan bontot hampa.


Ohhh yeah.... aku tak pernah seronok duduk sana, ya walaupun ada kawan tapi hati aku susah gila nak rasa free and 100% happy aku pon taktau kenapa and sometimes aku rasa macam nak pindah ja. Sometimes apanya macam every time ja. Maybe aku still tak dapat terima kenyataan yang aku ni bukan lagi budak sekolah. Aku tak happy pun setiap kali balik kptm, tak happy langsung. Setiap kali balik sana, aku mesti menangis entah bila nak okay. Aku tak happy... aku tak happy langsung.. aku sendiri taktau kenapa. Aku just bersyukur dapat ramai kawan yang selalu ada dengan aku in wtv situation pun. Aku sayang hampa, aku bersyukur dapat kawan macam hampa cuma sometimes hati aku just tak tenang kat sana maybe sebab kptm bukanlah pilihan aku...

LANGSUNG BUKAN!!!

But hey, I want to be a host someday. Aku jugak bersyukur sebab ada rezeki untuk aku sambung belajaq, Alhamdulillah. Ingat, dimana kita belajaq pun, bersyukurlah sebab tak semua dapat sambung belajaq macam kita, ada yang susah sampai tak sanggup nak bayaq yuran sekolah/kolej/universiti so berterima kasihlah kepadaNya tau hiks. Oh, fyi I want to travel all around the world with my one and only family (tok, ayah, umi, kakak, abang, Ipan, Uwis) so kenalah rajin&berusaha, kan? I really want to make my parents happy. Pray for me tau!!

Sometimes, kita kena ketepikan personal feelings/ thoughts untuk berjaya. Sapalah takmau berjaya dalam dunia ni? Semua nak kan? Jomlah pulun after this!!! Pulun Kedah Pulun. Work your ass off, Mia!!! 

Salam & Sayonara

27 October 2013

Its a sad story

Assalamualaikum Readers

I really don't know what and how to start this story because its too sad. But, I really want to share with you guys. First of all, what is love? What is it? I admit that I hate falling in love with someone...

There this one guy, I saw him on rapid earlier Ramadhan. He wore red shirt and of course he's so handsome. He's tall and tough. At first I just looked at his face while said to my friend, Nadia "wei, comel lah laki pakai baju merah tu, budak kptm gak ka". Then, Nadia says "comel lah, taktau aku, tak pernah nampak pun"...

That time, I felt something "sparks" in my heart...

After months ago, I saw him at kptm hall and I kept looking at him, he catches my eyes I don't why.

This is the best part

Aku ingat lagi bulan September, aku ada mentor mentee session tapi dibatalkan so aku dengan kawan kawan aku pun lepak dekat Student Centre aka SC. Aku duduk dekat meja hujung, then tetiba ada geng electrical lepak dekat sana jugak, fyi bebudak electrical kptm kuantan ramai hensem, sumpah tak tipu. So, haritu aku nampak lelaki yang aku minat ni. Aku pun control ayu&comel tak terkata. Aku tengok dia, dia pun ada tengok aku, masa tu aku happy sangat. Aku dengan kawan kawan aku asyik tengok dia dengan geng dia ja, kawan aku pun ada cakap yang dia ada tengok aku. Hanya Allah ja tau, apa yang aku rasa masa tu. Btw, aku ada jugak bangun pi Campus Mart aka CM. CM terletak sangatlah dekat dengan SC, setiap kali aku bangun or jalan nakpi CM, aku boleh nampak dia tengok aku. Entahlah sama ada aku perasan or betui tapi rasa rasa aku lah kan... aku rasa dia tengok. 

Then, tetiba ja, aku rasa aku betul betul nak tau pasal laki ni. Aku pun terperasan roomate classmate aku, classmate laki tu. Aku pun, mintaklah classmate aku ni tanya pasal laki ni dekat roomate dia. So, after 2 days if I'm not mistaken, aku dapat tau nama laki tu, sumpah aku cakap best gila!! Nama laki tu comel sangat. So, aku dengan rasminya aku add dia on FB then aku chat dengan dia, and dia layan aku macam dah lama kenal. Mula mula dia tegur aku, dia cakap "thanks approve" and ada lagi satu ayat tapi aku tak ingat. Aku ingat lagi, time dia accept request and chat dengan aku, aku call kawan rapat aku, Fiza while jerit kuat nak mampus, paksa dia mai bilik aku. Lama gila aku tunggu dia mai bilik aku, sampai aku dok main like on&off  pintu bilik aku tu while tunggu kemunculan Fiza.

Aku ingat lagi, dia ada cakap "muka u familiar la" (nampak sangat dia tengok aku time dekat SC) Then I said "hey I saw you at sc, you wore blue shirt" then he said "I nampak u jugak, u pakai blazer, tudung orange".

BAYANGKAN ORANG YANG KITA SUKA, PERASAN KITA. SUMPAH DEBORRRR&HAPPY-NAK-MAMPUS

Starting from that day, kami selalu chat dekat facebook. Kuno kan? But then, aku tanya dia whether dia ada wechat or not, then dia cakap ada so aku add dia then we both kept on chatting kat wechat. This guy jenis tak minat sangat social network ni, so sometimes dia guna wifi kolej, sometimes dia beli internet, sometimes dua dua dak. Ada that day, dia bagi his phone number to me, I was like "ya Allah ya Allah, biaq betui dia ni" even my friends pun terkejut. So, kadang kadang kami text, chat kadang kadang tak and sometimes laki ni tak reply my text or chat, aku pun pelik jugak tapi aku buat don't know ja. Sampai ada hari tu, aku geram sangat aku pun, tak contact like almost 3 days. Then, tetiba dia ada send message kat aku "mane menghilang? :/". Sumpah aku terkejut masa tu, then aku pun text with him tapi tak lama sebab dia tetiba tak reply.

Banyak kali jugak aku terserempak dengan dia, dekat cafe, dekat SC etc. Ada yang bertegur ada yang tak. Masa dekat cafe, aku ada terserempak dengan dia, aku serious tak perasan yang dia perasan aku so aku buat jual mahal gila and tetiba aku dapat a text from him said "u sombong haa". Then I replied "sombong, kenapa pulak". Aku bajet tak nampak dia. Sadly he didn't reply my text. Hmmm. First time aku bertegur dekat SC, dia perasan aku and dia terus jalan tepi aku and said "hi Mia" aku pun apa lagi tunduk malunya while saying "hi......." Time tu, sumpah aku berdebar. Even kawan aku tolong pegang phone aku sebab aku tergetar getar, takut kang phone aku jatuh. Hahahaha

Lepas pada haritu, kami terus tak contact. Masa tu cuti raya haji... Aku pun pelik kenapa dia tak contact aku, aku terus delete number and wechat dia. Sebab aku frust sangat sangat. Balik dari raya haji, aku keluaq pi makan dekat kedai tepi kptm ja, waktu tu malam then tetiba aku nampak dia, dia pakai baju warna merah. Aku sendiri taktau macam mana aku boleh perasan dia even dari belakang, so aku pun cuak and malu. Yalakan, dah aku send message dia tak reply, rasa macam bodo ja diri ini. Aku lari dari kedai tu, tapi kawan aku tarik aku jugak sebab depa semua lapaq and they said "ko janganlah malu, ko buat taktau je" aku pun cakap, "aku takleh ah, dia tak reply text aku kot, sumpah aku malu" then time tu aku dengan kawan kawan aku tengah berdiri cari tempat kosong, malangnya takdak sebab full. So, kami semua bising and ajak pi makan dekat kedai lain, maybe sebab bising laki tu pun toleh belakang, and memang dia nampak aku and and kawan aku perasan dia tengok aku malam tu. Lepas dia toleh, aku terus blah and ajak kawan aku makan dekat kedai hijau.

Lepas pada haritu, aku add dia dekat wechat then he approved cuma kami tak chat. Aku pun sedih, rasa macam nak delete balik ja, tapi semua kawan aku cakap "ko sabar dulu, nanti dia contact ko jugak, ko tunggu je". Aku pun tunggu tapi dia tak contact aku pun, so aku start conversation... Aku tak ingat sangat  apa yang aku chat, tapi aku ada ajak dia teman aku pi terminal cuti re-week ni sebab aku nak balik Kedah and aku takdak peneman then dia cakap tengoklah dulu sebab dia pun tak beli ticket lagi. Paling bestnya, aku ada cakap "hmmm u..." then dia cakap "kenape mia? berdebar pulak rase". Terkejut gila dia cakap macam tu padahal aku main main ja. Then tetiba dia tak reply wechat aku...

Bla bla bla, hari Khamis lepas kami ada text tapi sat ja sebab dia takdak credit. Aku dapat tau pun sebab dia send kat wechat. Malam Khamis tu aku ada stalk Twitter dia, aku taktau pun yang dia ada Twitter, aku stalk banyak&lama gila sampai aku dapat bad news about him and I cried. So keesokan hari tu which is, Friday. Aku pi CM sebab nak ambik nota nota yang aku photostat tu, then aku terserempak dengan dia. Mula mula dia dok kat atas then dia turun kat bawah and dok depan aku while tengok aku, aku pun senyum and blah. Dia ada cakap something tapi aku tak dengaq lah kan sebab aku dah blah, kawan aku yang dengaq, dia cakap "kawan dia yang perasan kita, dia tengok kita pun dak". Kawan aku pun ajak aku keluaq then kami duduk kat surau while aku nangis gila, then laki tu nampak aku, dia tengok aku dari kat surau sampailah dia sampai library, agak jauh I could say. Aku terkejut dengan bad news tu, sumpah terkejut, aku tak salahkan dia, aku salahkan aku. Semuanya salah aku dari awal lagi, aku tak patut pun suka dekat dia...

Hari Jumaat tu, aku serabut sangat. Pasal ptptn, notes, bla bla bla. Muka aku pucat and lemah. Ramai perasan. Perasaan aku bercampur macam macam. Orang happy sebab nak balik, tapi aku pulak sedih. Tetiba, laki tu call aku. Aku terkejut gila, dia tanya pasal malam nanti sebab dia tak dapat teman, ticket dia petang, ticket aku pulak malam. While otp dengan dia, aku nampak dia lalu depan aku ja, nasib baik aku tak jawab aku ada dekat mana kalau tak memang lagi sedihlah aku terserempak dengan dia. Then, masa nakpi bayaq yuran ptptn, kena beratur tapi disebabkan ramai sangat aku pun blah balik bilik, aku terserempak dengan dia lagi, dia atas motor. Aku boleh dengaq dia cakap dekat kawan dia "benti eh takyah, eh benti eh takyah", time tu aku mampu senyum ja, aku tak mampu nak tengok dia lelama.

So, malam tu aku ada text dengan dia tapi sat ja sebab dia tak reply text terakhir aku, aku pun taktau kenapa. Sekarang aku sedih sangat sebab aku dapat tau something yang aku patut tau dari awal lagi bukan hari Jumaat tu tapi apa boleh buat? This is just my luck. Aku betul betul suka dekat dia, and aku rasa dia tau. Hmmmm. Aku just kena pendam ja lah perasaan aku ni..... how sad..Sumpah aku tengah sedih, tapi takpa aku kena kuatkan semangat jugak, final next week ja. Study hard, Mia!

Salam & Sayonara

How's life???

Assalamualaikum readers

Ya Allah, I miss blogging so freaking much. I've been so busy lately. Yalaaaa, budak kolej kateko!! Alhamdulillah, I'm fine as always. Fyi, I broke up with my ex-boyfriend please don't ask why, sometimes love is just complicated. You get me, right?

So, dengan rasminya. I'm one of KPTM Kuantan student... hambar boh! Aku pun taktau macam mana aku boleh pilih Kuantan as my choice. Why not Cheras or even Bangi? Hmm, Cheras ka Bangi ka, aku dah nak habis sem 1. Rasa macam sat gila, ingat lagi masa orintasi, aku menangis sedia. Meraung kalah orang putus cinta. Hahahahahahaha kalau aku update blog ja, mesti adanya merapu.... 

So far so good lah aku study dekat sana. At first, aku ada sorang dua ja kawan tapi lama kelamaan, aku ada ramai kawan and Alhamdulillah depa semua baik and sumpah gila nak mampoih. Dulu masa awai awai masuk kelas kan, ramai gila dok gelak dekat aku, yalaaaa aku orang Kedah, hang tau tau ja lah orang Kedah cakap lagu mana kan. Tapi, sekarang kan ramai gila cakap Kedah, siap suruh aku ajaq lagi. Bangga jadi orang Kedah ni, hang ada???

Oh lupa nak habaq, aku ambik course Corporate Communication. Best? Hmm 50 50 lah sebab aku ada satu ja section and satu section tu ada 32 orang ja. Memang hambar lah kan? Sebenaqnya aku nak apply tesl tapi aku takut dok KL and Selangor then aku pun pilihlah Kuantan sebab ada abang aku kat sana.



Based on my experience, orintasi Kptm Kuantan memang boring sangat sangat, macam takdak apa. Aku dapat group pun yang tak supporting, ramai berlagak pulak tu. Memang agak banyak kali lah aku menangis first time masuk sana. Tapi, memang perkara biasalah kalau awal awal kita takdak kawan, jangan risau adik adik, 2-3 minggu baru kita ada kawan, serious talk. Aku ni orang Kedah then nakpi tempat orang, so agak takut ah dengan jalan pun tak berapa nak ingat, orang pun tak berapa nak kenai, surrounding pun lain, muhung kalau aku tak cuak dok sana. Hmmm, aku rasa selepas sebulan lebih kot baru aku dapat adapt situation kat Kptm Kuantan tu. Bagi orang yang tak berapa friendly macam aku ni, it takes time tapi you'll find friends and someone yang sekepala. Trust me! So no worries ah.

Hmmm, aku nampak orang orang kat sana friendly tapi jenis nak kita yang teguq dulu, so agak susah ah bukan apa, satgi kita pi buat friendly depa jerkah "ko sape" , "ko pehal", malu pulak kita kan. So better, kita main jelingan mata or senyum senyum sudah. Kalau berani ambik risiko, try ah teguq. Belum cuba belum tahu kan. Mana tau kot kot boleh jadi marka kan....

K, setakat ni ja. I'll continue my story with some pictures later btw I do have love story to share with you guys hiks... till then


Salam & Sayonara.

21 April 2013

Cik rindu sekolah...

Assalamualaikum readers.

K, baru perasan Blogger dah tak famous like before. Bila tak famous barulah aku gedik- gedik nak update blog. Wait, aku kejar famous kah? Nahhhh, hell no cuz I'm just saying yow. Blog ni macam diari, ceritalah apa yang awak nak cerita tapi ceritalah hok elok- elok, sebab tak pasal ja nanti kena bash. Dush dush.

Well, I guess betul apa yang senior- senior pernah habaq dekat aku. 
Senior : Lepas SPM nanti, mesti akan rindu sekolah. Cayalah wei.



Junior aka Sumiyah : Hek? Aku rasa takkan rindu kot kat sekolah, dahlah asyik dok seksa aku dengan tuition, hw (padahal tak pernah siap or...... buat) disiplin ketat etc. So, aku tau lepas SPM lah paling best dalam hidup sebab next year takyah sekolah dah. Takleh torture aku dah. Ohh, heaven-nya T__T

Senior : (malas aku nak layan budak serebeh ni, takpa! ni hari dia, hari aku nanti baru dia nak tau) Ohh, haha. Yala wei..

Yaaaaaa, la ni aku tengah duduk atas kerusi while typing and emo gila gila sebab rindu dekat sekolah. Tsk tsk. Tu lah, menjawab lagi dengan senior, tengok kan dah kena. Kalau aku tak menjawab mesti aku tak rindu sekolah. Eh, betui ka???? Hahaha

Aku memang rindu sekolah tapi takdak sikit pun rasa nakpi sekolah tambah lagi dengan belajaq. Mak aih, tak sanggup aku. Tapi, yang gatai pi rindu sekolah tu sapa suruh? Mai, boh penampaq sedaih sat. Hmm, memanglah, cik rindu sekolah bukan rindu nak belajaq. Baguihnya punya budak.

Ni nak habaq mai ni, cik rindu kat kawan- kawan cik hat gila sakan nu, cik rindu nak tidoq dalam kelas, cik rindu nak sembang muhung dengan kawan- kawan, cik rindu nak kena teguq dengan cikgu sebab gatai mulut pi sembang time dia mengajaq, cik rindu nak kena denda dengan cikgu, cik rindu tak buat kerja sekolah, cik rindu dekat Sir Jamil, cik rindu pakai uniform sekolah, hm hm hmmm cik rindu boipren cik (sebenaqnya)
Banyak lagi hat aku rindu, tapi dok perah otak harem tak keluaq pun taktau pasaipa. Paling dok ingat hat rindu dekat boipren tu. Remaja zaman la noh? Nak kena bagi sedaq sikit demi masa depan yang cerah. Toksah dok merapu la, Sumiyah oi.
To my juniors, gunalah masa dekat sekolah dengan elok elok. Banyakkan kenangan manis bukan pahit. Banyak berbaik (bukan buat baik) dengan orang lain. If ada apa- apa event or apa- apa lah jangan lupa bawak camera, kutiplah memori hampa dengan kawan- kawan hampa tu bukan dok vain sorang diri tau. Bla bla bla, sentiasalah ingat senior- senior hampa hat segak lagi comei ni, tak lama depa nak kawen dah. Hahahahahahahahahahahaha. Ni aku nak gelak ni, eh wait gelak dahpun =.=

Oh, tak lupa jugak... hormatlah cikgu- cikgu yang sudi share ilmu dekat kita. Jangan dok berlagak sangat, buat cikgu tu tak ikhlas mengajaq, 1+1 = Gwiyomi pulak? Kk, apa aku merapu ni? sat nak gelak...

Apa pun, aku rindu sangat dekat sekolah. Banyak kenangan manis mahupun pahit. Banyak lagi kot kenangan "pait", ha laaaaaaaaa sapa suruh buat sekolah macam sekolah sendiri... kenalah hadiahnya. Banyak gila pengalaman aku dekat sekolah, hat orang tak buat aku pi buat, hang orang buat aku tak buat. Baguih noh?

Bagi aku lah kan, sekolah ni syiok sebab kita dapat jumpa kawan yang sekepala dengan kita, dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia, study group dengan gang, makan sama - sama dengan kawan, ada library yang sejuk, dapat tambah ilmu sedikit sebanyak (ehem2) dapat kenai dengan bangsa/ budaya yang berlainan, dapat kerja sekolah, dapat kenal cikgu- cikgu, ada korperasi, ada bilik khas, ada laki hat hensem yang boleh dijadikan crush or or or or or or boipren (hahaha gedik) dan manyak lagi maaaa. 

awat rasa macam ada hat aku tipu ja??? kuikuikui
Rindu sekolah sintok!!! Semoga maju selalu!!! I'll be missing you...

Salam & Sayonara.

20 January 2013

My 2013 story


Assalamualaikum readers.

First of all, Happy Belated New Year, everyone! May Allah bless us all. InsyaAllah. 

What's your wish for 2013? Let me guess... 

- Get married with husband-to-be?
- Chanel handbag?
- Samsung Galaxy Note II?
- New room?
- New baby?
- Get married?
- Get married?
- Get married?

Sorry sorry. Idk what the hell is wrong with my keyboard here. Asyik ter-type get married ja (kasar tone)/ je (lembut tone). Hahahaha. Ish, terserlah kegedikan ku~ Rawrrr with gatai tone. Kikikikiki

So baybayh, you wanna know my wish for this freakin year? Well, mine is....mmmm well.....mmmmm...ahhhhh.....errrrr.....mmmmm......ahhhhhh.....mmmmm.....idk....mmm....wait....errrr...Dude, I want an iPhone! (tak mintak banyak pun, nak iPhone ja) iPhone 5 pun jadilah mom and dad! Wait, what I meant is iPhone 4s,  pretty please?

Okay, kali ni aku sendiri pun terkejut sebab memang dah laaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmaaaaaaaaaaa sangat tak update blog padahal memang I swear! I'm not lying/ saya tak tipu atau bohong ada banyak cerita nak diceritakan but baybayh, I've been so damn busy lately. Idk why, just saying btw. LOL.

Fine, aku mengaku. Aku ni perasan macam orang kerja full-time padahai part-time pun tak lepaih lagi. Piiiiirrrrrahhh. Apa yang aku tau, lepas bangun tidoq menguap then garu kepala then mandi while dancing sebab dok dengaq lagu Finally Found You - Enrique Eglesias best sangat then pi dapuq then breakfast then tengok TV then FB/ Twitter/ Flickr/ WeHeartIt/ Tumblr/ Instagram/ then tidoq petang then makan then makan then tengok drama then tidoq malam.

Who does those awesome activities at home? Put your hands up baybayh. And let me tell you something, we are just so sad. The thing is we need to get a job so we can earn our OWN money. Its damn fun, don't you think? Why? Because we can buy of course not all of our wishlist but some of 'em. Sekarang/ La ni, bila kerja salary tu bukan RM 5 per day but of course, it  must've cost at least RM 100 something or above? Woi, boleh kaya kalau pandai simpan, trust me baybayh. But sadly, we were just busy with sleeping ugly, eat like monsters and yawning at home. Isn't it bored? At least if kita kerja, we can gain our experience kan?

hahahahahahahaha, aku pun tak kerja dok pandai pandai suruh orang kerja pulak *ketuk kepala*............ aku nak keja wei tapi depa takmau ambik 18 below (bukan takmau ambik 18 below, depa tengok my lazy face pun, they can guess that I'm lazy ah, what else?) LOL. But seriously, depa takmau ambik 18 below...........Actually, I got a pretty simple job last week if I'm not mistaken but it doesn't suit me well, so I pushed myself to reject it........so tak kerja teruslah jawabnya.......at first I felt sad but then I thought of something that always can make me happy and that was...... I still can sleep like a boss. Oh yeah!..... bla bla bla..... 

Conclusion : sumpah penat and susah cari keja yang betul betul sesuai dengan kita.

I need to brave myself to tell something that I've never ever wanted to tell you guys. Frankly, I sorta miss my school, I mean my ex-school. LOL. Dude, not that learning part. Hell no. I miss my friends, I miss my un-cool school uniform, I miss my freaking kind-awesome-friendly teachers, I miss my classroom yet I miss my classmates. The end. I don't want to talk about school anymore. Hahahaha. Don't push it bro!

So, what am I doing lately? I was busy reading kpp book, hang out with my friends, finding jobs, class trip, talking nonsense with my mom, granny, brothers and sis, sleeping, eating, messaging with my loved ones, taking pictures, tidying my messy room, watching Adventure Time with Finn and Jake, Regular Show, Korean dramas, playing The Sims 2, editing some random pictures, uploading pictures on flickr and facebook, chatting with my friends and seniors, staring at ..... pictures, reading comics, searching something that I really need to buy but I just don't have enough money which is so sad? K, I know I know.

Well, that's all for today's class. See you guys on blogger next week. Hihihihi. Fyi, I'm gonna post my Trip to Langkawi with my awesome classmates later, I'm so excited. Mintak mintaklah aku rajin. *gulp*


Salam & Sayonara.