21 April 2013

Cik rindu sekolah...

Assalamualaikum readers.

K, baru perasan Blogger dah tak famous like before. Bila tak famous barulah aku gedik- gedik nak update blog. Wait, aku kejar famous kah? Nahhhh, hell no cuz I'm just saying yow. Blog ni macam diari, ceritalah apa yang awak nak cerita tapi ceritalah hok elok- elok, sebab tak pasal ja nanti kena bash. Dush dush.

Well, I guess betul apa yang senior- senior pernah habaq dekat aku. 
Senior : Lepas SPM nanti, mesti akan rindu sekolah. Cayalah wei.



Junior aka Sumiyah : Hek? Aku rasa takkan rindu kot kat sekolah, dahlah asyik dok seksa aku dengan tuition, hw (padahal tak pernah siap or...... buat) disiplin ketat etc. So, aku tau lepas SPM lah paling best dalam hidup sebab next year takyah sekolah dah. Takleh torture aku dah. Ohh, heaven-nya T__T

Senior : (malas aku nak layan budak serebeh ni, takpa! ni hari dia, hari aku nanti baru dia nak tau) Ohh, haha. Yala wei..

Yaaaaaa, la ni aku tengah duduk atas kerusi while typing and emo gila gila sebab rindu dekat sekolah. Tsk tsk. Tu lah, menjawab lagi dengan senior, tengok kan dah kena. Kalau aku tak menjawab mesti aku tak rindu sekolah. Eh, betui ka???? Hahaha

Aku memang rindu sekolah tapi takdak sikit pun rasa nakpi sekolah tambah lagi dengan belajaq. Mak aih, tak sanggup aku. Tapi, yang gatai pi rindu sekolah tu sapa suruh? Mai, boh penampaq sedaih sat. Hmm, memanglah, cik rindu sekolah bukan rindu nak belajaq. Baguihnya punya budak.

Ni nak habaq mai ni, cik rindu kat kawan- kawan cik hat gila sakan nu, cik rindu nak tidoq dalam kelas, cik rindu nak sembang muhung dengan kawan- kawan, cik rindu nak kena teguq dengan cikgu sebab gatai mulut pi sembang time dia mengajaq, cik rindu nak kena denda dengan cikgu, cik rindu tak buat kerja sekolah, cik rindu dekat Sir Jamil, cik rindu pakai uniform sekolah, hm hm hmmm cik rindu boipren cik (sebenaqnya)
Banyak lagi hat aku rindu, tapi dok perah otak harem tak keluaq pun taktau pasaipa. Paling dok ingat hat rindu dekat boipren tu. Remaja zaman la noh? Nak kena bagi sedaq sikit demi masa depan yang cerah. Toksah dok merapu la, Sumiyah oi.
To my juniors, gunalah masa dekat sekolah dengan elok elok. Banyakkan kenangan manis bukan pahit. Banyak berbaik (bukan buat baik) dengan orang lain. If ada apa- apa event or apa- apa lah jangan lupa bawak camera, kutiplah memori hampa dengan kawan- kawan hampa tu bukan dok vain sorang diri tau. Bla bla bla, sentiasalah ingat senior- senior hampa hat segak lagi comei ni, tak lama depa nak kawen dah. Hahahahahahahahahahahaha. Ni aku nak gelak ni, eh wait gelak dahpun =.=

Oh, tak lupa jugak... hormatlah cikgu- cikgu yang sudi share ilmu dekat kita. Jangan dok berlagak sangat, buat cikgu tu tak ikhlas mengajaq, 1+1 = Gwiyomi pulak? Kk, apa aku merapu ni? sat nak gelak...

Apa pun, aku rindu sangat dekat sekolah. Banyak kenangan manis mahupun pahit. Banyak lagi kot kenangan "pait", ha laaaaaaaaa sapa suruh buat sekolah macam sekolah sendiri... kenalah hadiahnya. Banyak gila pengalaman aku dekat sekolah, hat orang tak buat aku pi buat, hang orang buat aku tak buat. Baguih noh?

Bagi aku lah kan, sekolah ni syiok sebab kita dapat jumpa kawan yang sekepala dengan kita, dapat mengeratkan silaturahim sesama manusia, study group dengan gang, makan sama - sama dengan kawan, ada library yang sejuk, dapat tambah ilmu sedikit sebanyak (ehem2) dapat kenai dengan bangsa/ budaya yang berlainan, dapat kerja sekolah, dapat kenal cikgu- cikgu, ada korperasi, ada bilik khas, ada laki hat hensem yang boleh dijadikan crush or or or or or or boipren (hahaha gedik) dan manyak lagi maaaa. 

awat rasa macam ada hat aku tipu ja??? kuikuikui
Rindu sekolah sintok!!! Semoga maju selalu!!! I'll be missing you...

Salam & Sayonara.