30 April 2012

Ayahku Sayang,


Assalamualaikum readers

Aku masih lagi terkejut atas kematian bapa saudara aku, rasa macam tak boleh terima pun ada. Umur arwah baru mencecah 49 tahun, tu pun belum cukup 49 tahun lagi sebab arwah dilahirkan pada bulan 11. Hmmm, bagi aku meninggal pada usia 49 ni, sangatlah muda tapi apakan daya? Allah boleh ambik nyawa kita dengan sekelip mata, tidak kira sedang sakit/ gembira/ kaya/ miskin & lain lain.

Sambil teringat pasal arwah. Aku teringat ayah aku. Ayah kandung aku. Kalau sebut perkataan ayah ni semestinya seorang lelaki. Bukan seorang lelaki yang biasa malah seorang lelaki yang luar biasa sebabnya 'ayah' ni merupakan ketua ahli keluarga. Bila dapat jawatan ketua, tanggung jawab sebagai seorang ketua tu tersangatlah berat. Yala, kena bagi makan isteri & anak anak, bekerja keras demi keluarga, kena kuat untuk lindungi keluarga dan sebagainya.

- Setua tua mana pun ayah, ayah tak pernah lupa mencari duit untuk keluarganya.-

Aku bersyukur sangat sebab Allah sudah bagi dekat aku seorang ayah yang 100% sempurna bagi aku. Aku takmau ayah tinggalkan aku dengan begitu awal, kalau boleh aku nak ayah hidup lama. Aku nak ayah sentiasa ada disisi aku. Walaupun, ayah pernah marah aku dengan teruk tapi aku tetap sayangkan ayah sebab ayah marah aku bukan saja saja tapi ayah nak aku menjadi anak yang solehah. Itulah salah satu tanggungjawab seorang ayah. Kalau ayah tak pernah marah adik, adik mungkin dok buat kesilapan lagi. Terima kasih, ayah.

Tahun ni, bulan 6. Umur ayah, cukup cukup 50 tahun. Weee, ayah dah tualah ! Ayah, ayah jangan perasan 25 tahun dah nah? 50 dahlah sayangku. Tapi, ayah selalu dok perasan handsome, tak malunya. Muehehehe. Nak buat macam mana lumrah hidupkan ayah?

Ayahku sayang, Amran Mohd Rejab.

Ayah, adik sayang ayah banyak banyak banyak sangat sampai tak terkata. Ayah selalu backup adik bila adik gaduh dengan Umi. Ayah, selalu sekepala dengan adik untuk ejek Umi. Ayah selalu ikut cakap adik. Ayah selalu setuju dengan pendapat adik. Ayah selalu bagi apa yang adik nak. Ayah selalu melawak dengan adik. Ayah selalu faham adik. Adik selalu bodek ayah. Ayah baik sangat dengan kami semua. Bagi adik, ayah memang unik & awesome. Ayah, terima kasih ayah sebab ayah sanggup jaga kami enam orang, Umi, akak, abang, adik, Ipan & Uwais. Kami sayang ayah !

Sayangilah ayah/ abah/ abi/ daddy/ dad anda. Merekalah jantung hati kita. Tanpa mereka, siapalah kita . . .
Salam & Sayonara.

29 April 2012

Alhamdulillah, terima kasih !


Terima kasih kepada kawan kawan yang sudi membaca blog saya yang tidak seberapa ini pada hari kelmarin. Sumpah, saya tak tipu ! Saya betul betul terkejut & terharu. Bagi saya, 150 dalam sehari memang banyak. Alhamdulillah ! Kiss here and there, muah !

Salam & Sayonara.

Jenis Darah


Assalamualaikum Readers.

Hari ni pi sekolah macam biasa. Tak best mana pun, boring macam selalu tapi time akaun tadi memang awesome ! Bukan apa, dok kerja gelak dengan cikgu sebab tersilap banyak. Apa pun, thanks cikgu sebab tak marah saya. Kalau cikgu marah saya, saya merajuk dengan cikgu.

Apa punya muridkan? Tanya pembaca.

Murid sekolah, jawab Sumiyah.

Aku saja pulun, nak jawab jugak. Bwekkk. Mana kena duitkan bang? So, lepas tuisyen tamat tadi, aku terus balik. Umi mai awai, terima kasih Umi ! Kalau Umi mai lewat, entah entah muka aku yang ceria bertukar menjadi muka susu basi apa? Kalau dengan Umi, aku berani 100% kalau dengan ayah, pijak semut pun mati wei ! Sumpah tak berani dengan ayah, ayah garang !

Still tak masuk tajukkan? Sorry bang !

Sambung . . .
Lepas masuk kereta, aku tanya Umi,

Aku : Umi, kita balik terus ka?
Umi : Dakk, Umi nakpi office sat
Aku : Ouh, okay okay.

Then, masuk UUM. Aku peliklah, kenapa Umi tak pusing masuk tempat kerja dia. Dia terus ja tak kona kona pun. Kona bermaksud pusing. Aku tanya lagi,

Aku : Umi nakpi mana ni?
Umi : Nakpi cek darah Anyah & Uwais lah.
Aku : Hahhh? takmaulah ! Takut & sakit. Umi nii !
Umi : Ishhh, kena taulah. Nanti nakpi mana mana, depa tanya tau dak?
Aku : Umi tipu adik noh kata nakpi office !
Umi : Mana tipu pun, satgi lepas pi klinik, nakpi office.
Aku : ................. *cricket sounds

Fyi, aku memang takut bab darah darah ni. Dah lama Umi ajak, tapi aku asyik tolak ja. Hmm, kali ni Umi guna tektik baru, so aku terpaksa ikutlah. Nanti tak pasai Umi report kat ayah, boleh mati aku. Hahahaha. Umi ni dahlah reporter terhebat dalam dunia.

So, cek cek. Sorang aku ja darah O+ abang, kakak & adik aku sama dengan Umi. Ayah aku pun darah lain. So, adik aku pun kata aku ni anak angkat. Budak tu memang lama hidup dah, tak cari pasal dengan nama Sumiyah bt Amran ni memang tak sah ! Meluatnya aku ! Then, aku dengan tak kisahnya ada orang or not aku pun pulas telinga adik aku sampai merah tapi dia still dok gelak gelak lagi dekat aku. How dare you? !

Kesimpulannya, aku boleh derma darah dekat orang yang ada darah, A+ B+ AB+ & O+ Tapi, orang yang boleh derma darah dekat aku hanyalah orang yang ada darah O+ & O- SAHAJA. How sad? Mana orang yang aku boleh derma tu? Hahaha, kedekutnya, takmau derma. Muehehehe, lawak ja.

Kalau tak lawak macam mana? ? ? ?

OKAY, LAWAK JA :face75:

Kalau nak lebih faham, boleh tengok disini

Salam & Sayonara.

27 April 2012

Arwah Cik Khalit


Assalamualaikum readers

Hari Khamis lepas, aku dengan kawan kawan aku berjanji untuk stay dekat sekolah. Kami semua ada kerja nak buat, kami cadang nak tolong cikgu math kami yang sakit tu, hias kelas baru. Selepas sesi persekolahan tamat, aku dengan kawan kawan pi lah kelas baru tu, sembang sembang, gelak gelak dengan depa. Then, tiba tiba ayah mai dekat kelas, ayah dengan muka serious sambil pegang handphone berkata,

Ayah : Adik, jom ! Kita kena balik ni.
Aku : *keliru* Haaa, awat ayah?
Ayah : Cik Khalit meninggal dunia.

Aku dengan terkejutnya, dengan jantung berdebar debar pun cepat ambik bag sekolah & terus menuju ke arah ayah. Dalam hati 'astaghfirullahalazim, ya Allah ya Allah'.Aku tak percaya langsung, so aku pun tanya,

Aku : Cik Khalit mana yang meninggal ayah?
Ayah : *muka marah* Cik Khalit Cik Ila.
Aku : *diam* kenapa ayah? kenapa dia meninggal?
Ayah : Dia terjatuh then terus takdak.


Aku sebak. Bagaikan nak menangis tapi aku sabar. Aku takmau orang lain tengok aku pelik. Kami terus pi UUM untuk ambik Umi & anak Cik Khalit, sepupu aku yang bernama Intan. Nasib baik, dia dok UUM boleh ambik, kalau dia dok tempat lain, entah apa yang boleh buat, dengan keadaan dia yang sedang sedih. Nauzubillah. Dalam masa 5 minit, Intan pun muncul, dengan muka merah, air mata bertakung di pipi, sedih, aku kesian tengok dia, tapi aku tahan dari menangis. Intan dengan esok harinya ada ujian, dia terpaksa tangguh demi arwah ayahnya.

Selepas umi sampai, kami pi hostel Intan untuk ambik bajunya. Then terus balik rumah. Keadaan di rumah memang kelam kabut, ada yang lari sana lari sini, makan sampai tersedak,bilik sampai semak. Macam macam. Lepas habis bersiap, kami terus pi Melaka. Dalam kereta, Intan asyik menangis teresak esak, aku tak mampu tengok jadi aku tukar tempat dengan tok aku. Sambil tunggu nak sampai Johor. Cik Ila, mak Intan banyak kali call dia. Cik Ila berkata,

Cik Ila : Tan, mak kena simpan abah ni. Kesian kat abah.
Intan : Satlah mak, Intan pun nak tengok abah jugak.
Cik Ila : Lambat dah ni, kena simpan dah.
Intan : Mira (adik Intan) tak kata apa apa ka?
Cik Ila : Haaa, Intan call Mira.


Intan pun, bergegas call adiknya.

Intan : *nangis*Adik, mak nak simpan abah dah.
Mira : *nangis* Mak takleh tunggu ka?
Intan : Dak. Kena simpan abah dah, sebab dah lewat.
Mira : *terpaksa bersetuju*


// Memandangkan arwah meninggal dunia dalam pukul 10 pagi, jadi Cik Ila terpaksa simpan arwah awal sebab kesiankan suaminya.

Dalam jam 11 lebih kami selamat sampai di Melaka. Then, Cik Ila mai sambut. Sebak aku tengok mak menakan aku sendiri. Cik Ila merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Dia adik kepada ayah aku. Dia seorang yang happening, supporting, sentiasa senyum tapi pada malam tu, mukanya begitu hampa, sedih, merah, matanya bengkak dengan besar. Sedih aku tengok, bila dia memeluk dua orang anaknya. Dia berkata,

Cik Ila : *teresak-esak* Intan & Mira, mak mintak maaf. Mak terpaksa simpan awai. Kesian kat Babah.

Mereka merupakan family yang paling happy. Saling menyayangi antara satu sama lain, aku tengok sampai nak ternangis, tapi aku takmau. So, aku tahan. Masuk dalam rumah, sembang pasal arwah, Ya Allah. Sedih aku dengar cerita yang sebenar. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan aku malam tu.

Ceritanya macam ni, pagi tu, Cik Ila & Cik Khalit pi pasar sama sama. Then, bila dah habis shopping depa pun balik. Sampai sampai ja, arwah pi main game malah Cik Ila pulak, ready nak masak. Tiba tiba Cik Ila terdengar bunyi yang kuat, Cik Ila pun lari nak tengok apa yang terjadi, tengok tengok, arwah terlantar & terselit tepi meja makan. Habis kerusi komputer patah. Cik Ila tarik arwah dengan kuat sampaikan baju arwah terkoyak. Selepas tarik, Cik Ila dapati kaki/ tangan arwah berwarna biru/ sejuk & keras. Cik Ila jerit memanggil nama arwah, tapi tiada jawapan. Cik Ila buka mata arwah tapi ketat. Maknanya, Cik Khalit sudah pergi buat selamanya. Innalillahi rojiun. . . . . Doktor mendapati bahawa arwah terkena serangan jantung. Begitu senangnya, Allah mengambil nyawa kita. MasyaAllah.

- Dulu, setiap kali kalau balik kampung. Tak sah kalau Cik Khalit tak bawa kami pi sungai. Wajib mandi sungai kalau ada dia.

- Cik Khalit selalu bawa melancong dengan adik beradik sebelah Cik Ila.

Tapi sekarang, Cik Khalit sudah meninggalkan kita semua. Sudah kembali ke rahmatullah. Ya Allah. Kesiannya, Cik Ila, Intan, Mira & Alif. Kesian lagi dekat Intan & Mira tak dapat tengok arwah. But, be strong, family.

( Walaupun aku tak serapat mana dengan arwah, tapi aku dapat rasakan yang aku kehilangan sesuatu yang amat berharga apatah lagi mereka yang lebih berkaitan )
Ya Allah, Yang Maha Menyayangi. Sayangilah keluarga arwah, Ya Allah. Jagalah mereka, Ya Allah. Kerana kepada Engkaulah kami memohon.
Salam & Sayonara.