Zebra Print Pointer 2 -->

27 April 2012

Arwah Cik Khalit


Assalamualaikum readers

Hari Khamis lepas, aku dengan kawan kawan aku berjanji untuk stay dekat sekolah. Kami semua ada kerja nak buat, kami cadang nak tolong cikgu math kami yang sakit tu, hias kelas baru. Selepas sesi persekolahan tamat, aku dengan kawan kawan pi lah kelas baru tu, sembang sembang, gelak gelak dengan depa. Then, tiba tiba ayah mai dekat kelas, ayah dengan muka serious sambil pegang handphone berkata,

Ayah : Adik, jom ! Kita kena balik ni.
Aku : *keliru* Haaa, awat ayah?
Ayah : Cik Khalit meninggal dunia.

Aku dengan terkejutnya, dengan jantung berdebar debar pun cepat ambik bag sekolah & terus menuju ke arah ayah. Dalam hati 'astaghfirullahalazim, ya Allah ya Allah'.Aku tak percaya langsung, so aku pun tanya,

Aku : Cik Khalit mana yang meninggal ayah?
Ayah : *muka marah* Cik Khalit Cik Ila.
Aku : *diam* kenapa ayah? kenapa dia meninggal?
Ayah : Dia terjatuh then terus takdak.


Aku sebak. Bagaikan nak menangis tapi aku sabar. Aku takmau orang lain tengok aku pelik. Kami terus pi UUM untuk ambik Umi & anak Cik Khalit, sepupu aku yang bernama Intan. Nasib baik, dia dok UUM boleh ambik, kalau dia dok tempat lain, entah apa yang boleh buat, dengan keadaan dia yang sedang sedih. Nauzubillah. Dalam masa 5 minit, Intan pun muncul, dengan muka merah, air mata bertakung di pipi, sedih, aku kesian tengok dia, tapi aku tahan dari menangis. Intan dengan esok harinya ada ujian, dia terpaksa tangguh demi arwah ayahnya.

Selepas umi sampai, kami pi hostel Intan untuk ambik bajunya. Then terus balik rumah. Keadaan di rumah memang kelam kabut, ada yang lari sana lari sini, makan sampai tersedak,bilik sampai semak. Macam macam. Lepas habis bersiap, kami terus pi Melaka. Dalam kereta, Intan asyik menangis teresak esak, aku tak mampu tengok jadi aku tukar tempat dengan tok aku. Sambil tunggu nak sampai Johor. Cik Ila, mak Intan banyak kali call dia. Cik Ila berkata,

Cik Ila : Tan, mak kena simpan abah ni. Kesian kat abah.
Intan : Satlah mak, Intan pun nak tengok abah jugak.
Cik Ila : Lambat dah ni, kena simpan dah.
Intan : Mira (adik Intan) tak kata apa apa ka?
Cik Ila : Haaa, Intan call Mira.


Intan pun, bergegas call adiknya.

Intan : *nangis*Adik, mak nak simpan abah dah.
Mira : *nangis* Mak takleh tunggu ka?
Intan : Dak. Kena simpan abah dah, sebab dah lewat.
Mira : *terpaksa bersetuju*


// Memandangkan arwah meninggal dunia dalam pukul 10 pagi, jadi Cik Ila terpaksa simpan arwah awal sebab kesiankan suaminya.

Dalam jam 11 lebih kami selamat sampai di Melaka. Then, Cik Ila mai sambut. Sebak aku tengok mak menakan aku sendiri. Cik Ila merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Dia adik kepada ayah aku. Dia seorang yang happening, supporting, sentiasa senyum tapi pada malam tu, mukanya begitu hampa, sedih, merah, matanya bengkak dengan besar. Sedih aku tengok, bila dia memeluk dua orang anaknya. Dia berkata,

Cik Ila : *teresak-esak* Intan & Mira, mak mintak maaf. Mak terpaksa simpan awai. Kesian kat Babah.

Mereka merupakan family yang paling happy. Saling menyayangi antara satu sama lain, aku tengok sampai nak ternangis, tapi aku takmau. So, aku tahan. Masuk dalam rumah, sembang pasal arwah, Ya Allah. Sedih aku dengar cerita yang sebenar. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan aku malam tu.

Ceritanya macam ni, pagi tu, Cik Ila & Cik Khalit pi pasar sama sama. Then, bila dah habis shopping depa pun balik. Sampai sampai ja, arwah pi main game malah Cik Ila pulak, ready nak masak. Tiba tiba Cik Ila terdengar bunyi yang kuat, Cik Ila pun lari nak tengok apa yang terjadi, tengok tengok, arwah terlantar & terselit tepi meja makan. Habis kerusi komputer patah. Cik Ila tarik arwah dengan kuat sampaikan baju arwah terkoyak. Selepas tarik, Cik Ila dapati kaki/ tangan arwah berwarna biru/ sejuk & keras. Cik Ila jerit memanggil nama arwah, tapi tiada jawapan. Cik Ila buka mata arwah tapi ketat. Maknanya, Cik Khalit sudah pergi buat selamanya. Innalillahi rojiun. . . . . Doktor mendapati bahawa arwah terkena serangan jantung. Begitu senangnya, Allah mengambil nyawa kita. MasyaAllah.

- Dulu, setiap kali kalau balik kampung. Tak sah kalau Cik Khalit tak bawa kami pi sungai. Wajib mandi sungai kalau ada dia.

- Cik Khalit selalu bawa melancong dengan adik beradik sebelah Cik Ila.

Tapi sekarang, Cik Khalit sudah meninggalkan kita semua. Sudah kembali ke rahmatullah. Ya Allah. Kesiannya, Cik Ila, Intan, Mira & Alif. Kesian lagi dekat Intan & Mira tak dapat tengok arwah. But, be strong, family.

( Walaupun aku tak serapat mana dengan arwah, tapi aku dapat rasakan yang aku kehilangan sesuatu yang amat berharga apatah lagi mereka yang lebih berkaitan )
Ya Allah, Yang Maha Menyayangi. Sayangilah keluarga arwah, Ya Allah. Jagalah mereka, Ya Allah. Kerana kepada Engkaulah kami memohon.
Salam & Sayonara.