Zebra Print Pointer 2 -->

17 December 2013

Tak semua orang suka kita

Assalamualaikum readers

Dalam hidup ni, bohonglah kalau kita takdak tak suka dekat sesapa even strangers pun kita boleh senang lenang tak suka depa tambahlah orang yang kita kenai, bertambah tambah bencinya. Lumrah hidup.

Kadang- kadang aku ada jugak terpikiaq. Ada dak orang tak suka aku? Ada dak orang benci aku? Ada dak orang anggap aku ni enemy dia? Yala, sebab aku ni well hm hm.... Entahlah, taktau nak describe diri sendiri macam mana, rasa macam banyak yang buruk ja. Malu nak habaq dekat sini. Hahahaha.

Macam mana nak bagi orang suka dekat kita ha? Kita kena selalu friendly ka? Kita kena start senyum dulu dekat orang lain ka? Sometimes, bila kita being friendly dengan strangers, nanti orang kata kita nak menguratlah, gediklah, galaklah, macam- macam. Mulut manusia memang tak mudah, tak mudah cakap benda yang elok- elok ada ja dia nak cakap ikut kepala dia.

Kalau boleh aku nak ja semua orang suka aku, tak kisahlah yang kenai ka yang tak kenai ka. Aku nak semua suka aku. Tapi tu mustahil, sebab tak semua orang suka kita. Takkan.

Seseorang tu hodoh pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu bodoh pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu miskin pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu alim pun, manusia boleh tak suka dia.
Seseorang tu baik pun, manusia boleh tak suka dia.

Kadang- kadang aku pelik jugak, sebab seseorang tu macam salah satu (kenyataan atas) tu boleh pulak manusia nak tak suka dekat depa. Hina sangat ka? lainlah kalau depa ada buat salah ka. Awat kalau seseorang tu miskin, dia ganggu hidup kita ka? Dia takleh bayaq hutang kita balik? piiirahhhh! Tau mana? Entah entah esok lusa dia kaya dari kita lagi, dia bayaq hutang lebih dari apa yang dia pinjam baru kita nak ternganga. Kalau kita kaya apa salahnya kita tolong orang yang susah? Tak rugi apa pun, kita dapat pahala, kita dikenang jasa. Tak syiok ka lagutu?

Yang aku peliknya, kita lagi suka dekat seseorang yang suka buat benda salah. Like, tak lama lagi nak raya  tetiba kawan kita beli mercun and cadang nak baling dekat bebudak perempuan saja nak dengaq depa menjerit, kita pun bengap kot pi setuju then join baling mercun dekat depa. Apa motif kita? Godai lah kalau kita macam ni. As a friend, kita kenalah nasihat kawan kita yang agak bengap tu supaya jangan bengap sangat buat benda yang tak elok, hang tu dahlah bengap dah satgi lagi bengap (yang ni aku gegeh pi tambah) daaaaak! nasihat kawan kita leklok, baru dia sedaq, baru dia paham, InsyaAllah dia tak buat dah kalau dia buat lagipun, tugas kita dah lepas sebab kita dah nasihat tapi dia yang bengap takmau dengaq cakap kita.

tapi.... ada tapinya... kalau kita nasihat then kawan kita takmau dengaq, dia still nak go on dengan benda bengap yang dia nak buat tu janganlah dok mintak dia mati awai ka, kena kacau hantu ka malah kita doa yang terbaik untuk dia. Kita dapat pahala doakan dia then kawan kita tu insyaAllah dia tak buat benda- benda hat tak elok dah. Kan baguih camtu?

Seelok- eloknya biaqlah orang tak suka kita pun asalkan kita tak buat benda buruk. Lagi tu orang tak suka kita, lagi tu kita doakan yang terbaik untuk depa and jangan kita give up buat benda baik dalam dunia ni. Tapi, ingat baik tu biarlah berpada pada, benci jangan sekali tau. Btw, solat ingat jugak (wajib) solat tu tiang agama. InsyaAllah kalau kita solat doa- doa kita akan Allah makbulkan suatu hari nanti.
Manusia memang ada pelbagai jenis perangai. Rambut sama hitam hati masing- masing berlainan tapi janganlah kita senang lenang nak benci seseorang tu, depa pun makhluk Allah swt jugak, sama macam kita ni. Kita pun tak baguih tara mana sangat, nak benci orang pulak???
Salam & Sayonara