20 December 2013

Pengalaman di sekolah

Assalamualaikum readers


Awatlah aku tak terpikiaq update pasai pengalaman di sekolah before this sebab (macam- macam pernah jadi) (macam- macam pernah buat) masa aku pi menimba ilmu dekat SMK Bandar Baru Sintok. Aku ni taklah buaih tapi nakal, orang takkan nampak kenakalan aku disebalik muka aku hat innocent ni puiii bajet innocent. Godai!!! Hahahahaha

Pengalaman 1:

Biasalah dah nak dekat SPM, cikgu- cikgu semua busy cari soalan tahun- tahun lepas, ada yang pi meeting, ada yang busy gila so agak ramailah cikgu tak hadir ke sekolah then aku dengan kawan- kawan aku ni malas nak pakai uniform sekolah so kami pi buat peraturan sendiri dengan pakai t-shirt sukan. Sekolah aku ni setiap pagi ada perhimpunan tapi disebabkan aku form 5 kami ada kelas tambahan waktu pagi so memang tak kena lenguh kaki pi beratoq dekat tapak perhimpunan dengan junior junior kesayangan. Aku dengan kawan aku pun mai sekolah pakai t-shirt sukan, best gila boleh kangkang luaih- luaih takyah iron lagi. Tapi... ada pengawas mana entah pi report dekat cikgu pengawas then cikgu tu mai buat spotcheck dekat kelas- kelas form 5 yang lawaknya dia start spotcheck dari kelas- kelas hat belakang dulu then baru kelas aku, so aku dapat tau, bila dia mai kelas aku ja, aku dengan kawan aku dari dok duduk atas kerusi pi lari duduk bawah meja kawan aku sebab cuak takut kena marah dengan dia, nasib baik dia tak masuk kelas aku tengok sensorang, dia berdiri dekat pintu masuk kelas aku ja and satu lagi nasib baiklah time tu kelas aku memang semua orang busy jalan merata, memang susah dia nak nampak aku dengan kawan aku, Ifa dok bawah meja dengan muka cuak tak terkata. Sumpah lawak time tu.

Pengalaman 2:

Aku ingat lagi masa aku form 3 tak silap time bulan Ramadhan aku tetiba ja rasa macam nak bagi something dekat mak cik/ pak cik cleaner sekolah aku. So, aku pun ajaklah kengkawan aku join sekali. Lepas rehat kot kami pi bagi dekat depa, aku bagi macam- macam dekat depa, rasa puaih and seronok dapat bagi  something dekat orang yang dah berumuq and buat keja berat- berat ni, even aku pon tak buat dekat rumah. So, start dari situlah aku mula rasa nak bina rumah orang tua bila aku besaq nanti, aku nak simpan duit bebanyak then buat bangunan besaq- besaq untuk depa. Sapa hat buang mak pak tu memang bangang. 

Pengalaman 3:

Aku suka makan, makan makan makan. Tidoq pun aku suka jugak tapi bila dekat sekolah aku takleh nak tidoq cuma aku mengantuk tapi takleh tidoq. Get it?  Pagi- pagi kalau aku mai sekolah awai, aku akan ajak kawan aku pi kantin teman aku beli teh ais or kuih muih dekat sana sebab time perhimpunan boleh makan senyap- senyap. Teruk gila, buat macam kebuluran. Lepas habis perhimpunan, semua masuk kelas belajaq aku dengan geng- geng aku selalu tengok jam dinding kalau rosak depa akan tanya aku "weh, miyah pukul berapa dah" aku jawab then semua kata "lapaq ni, lapaq kuih burger", kami semua ada fikiran yang sama. Fyi, masa form 5 ni selalu gak ah keluaq rehat lambat then kuih burger selalu habis, biasalah paling laris kateko! Disebabkan kuih burger habis kami akan beli donut sekurang- kurangnya 3 bijik, tapi aku selalu jugak beli 6 bijik biasalah kebuluran. Haaaa tapi kalau dapat keluaq awai, tangan aku akan penuh, poket baju aku akan kembung sebab aku shopping macam- macam kuih like kuih burger(6bijik) donut (3bijik) teh aish (sebungkus) sandwich (1or2 bungkus) then aku akan makan time cikgu- cikgu tengah mengajaq. Hahahahahaha time aku makan tu, kawan aku yang paling annoying, Amzar akan kata "cikgu, miyah makan" while senyum jahat dekat aku. Sometimes kantoi, sometimes dak sebab ada ja Amzar ni kacau aku, tak padan dengan rambut maggi. Hahahaha btw aku rindu dia(takdak kaitan)

Pengalaman 4:

Aku rasa pengalaman ni paling teruk aku pernah buat dekat sekolah taktau pasaipa. Dulu masa form 1, aku ada boyfriend nama apa entah aku dah lupa. Hikhikhik. So, dulu aku selalu bawak phone pi sekolah, tak silap aku takdak spotcheck phone sebab well yalah, aku dok bawak tapi tak pernah kena rampas pun not even once. Aku dok depan sekali masa form 1 and aku selalu text dengan boyfriend aku, taktau text aku, tapi memang selalu ah yang peliknya aku tak pernah kantoi dengan sesapa pun tambah lagi dengan cikgu. Hahahahaha, legend gila aku. Tolong jangan buat macam ni ya adik- adik tapi yang syioknya masa aku form 1 result aku elok ja walaupun aku dok main phone dalam kelas tapi janganlah tiru, cik nak cerita pengalaman cik ja. Hahahahahaha

Pengalaman 5:

Aku jadi pengawas dari form 2 sampailah form 4, form 5 aku letak jawatan sebab well ada sebab tertentu. Then aku drop subject add maths, aku rasa macam heaven gila! Setiap kali akalu ada waktu add maths, aku dengang kengkawan aku selalu pi kantin cari makanan sebab tak tahan lapaq, eeeish direct makan patutlah lembab aku ni haaaa, padanlah muka hang!

Pengalaman 6:

Masa form 5, aku dapat Sir yang paling selamba untuk ajaq English. Sir selalu bagi homework tapi aku tak pernah siap, tak pernah sekali pon, bajet pandai English weh macam ni lah jadinya. Setiap kali waktu English aku mesti sembang, makan, kacau Ashraf, gelak- gelak & banyak lagi. Tapi, setiap kali kalau aku tengah buat benda hat tak sepatutnya Sir mesti panggil aku suruh jawab soalan, baca petikan, itulah inilah, sometimes kena marah dengan dia pun ada. Hahahaha. Time kena jawab soalan dengan baca petikan tu lawak sebab aku tak pernah concentrate time dia mengajaq jadinya aku taktau nak cakap apa, kawan- kawan aku pon sama ja macam aku so takdak sapa dapat tolong kenalah dengaq bebelah Sir like "saya peliklah, saya punya ajaq tapi kami tak focus, kamu nak spm ni......" and so on.

AKU TAK SEDAQ PON DOK CAMTU JA!!! Hahahaha teruk!

Pengalaman 7:

Sekolah aku ni disiplin agak ketat jugak, agak ketat k. Masa aku form 1 aku selalu mai sekolah lambat, bukan salah aku tapi salah parents and adik- adik aku yang melengah-lengahkan masa dengan bangun lewat, bersiap lewat and sometimes adik aku, Uwais ada ja dia tertinggal stoking, kasut, buku and sometimes BEG SEKOLAH????!! Apa masalah dia pon aku taktau, ada ja nak bagi aku pi sekolah lewat, kalau dah situasi macam tu memang takdak harapanlah aku sampai awai sekolah, redha ja lah. Rumah aku dengan sekolah ambik masa 30 minit, kalau bertolak pukul 6.45am memang confirm sampai awai tapi aku selalu bertolak pukul 7am, 30 minutes left kan? Sometimes, pagar sekolah on the way tutup aku baru sampai but sometimes, pengawas kedekut so depa tak bagi peluanglah. Disebabkan aku selalu lewat, aku selalu kena denda kutip sampah, macam taik gila ah tapi yang tu takpa lagi, nak tau pasaipa? Yang teruknya aku kena berdiri depan tapak perhimpunan dengan pelajar- pelajar tengah beratuq, aku dok ternganga depan depa, dahlah takdak geng tambah pulak haritu aku takdak mood, memang macam susu basi ja muka aku, senyum pun aku taktau macam mana dah sebab aku geram dekat cikgu aku (aipppp, jangan geram- geram dekat cikgu tau) Sebab cikgu dok dendalah, masa form 2 aku tak pernah lewat, not even once (ya kot) Satu lagi sebab aku pengawas, takkan aku nak mai lewat selalu? confirm kena letak jawatan nanti and confirm kena makan dengan cikgu pengawas yang garang tu. Muehehehe.

Pengalaman 8:

Aku pernah jatuh depan sekolah, betapa bendulnya aku time tu. Taktaulah aku dok pikiaq apa kan, dahlah tempat tu bukit & licin & ramai orang dok lalu lalang, sumpah aku malu tak terkata weh. Takmau ingat, nasib baik aku tak nangis time tu. Form 5 dah, takkan nangis kot? Jatuh maruah junior- junior tengok. Muehehe. Nasib malanglah pepagi buta pon, habis baju, kasut & bag aku kotoq. Cedihnyerwz

So, anak- anak....

1- Ikutlah peraturan sekolah, kalau tak anda yang kena denda. Sapa yang teruk? Anda jugak.

2- Berbuat baiklah kepada makhluk Allah swt. Takdak ruginya, kita dapat bantu orang susah&kita sendiri dapat pahala.

3- Jangan dok makan dalam kelas, jangan makan banyak nanti otak lambat pusing, dok statik ja pehtu kurang pandai.

4- Jangan bawak phone ke sekolah/ Jangan main phone di sekolah/ Jangan couple (hm, tipu ni)

5- Janganlah drop subject. Aku drop subject pun sebab memang aku kurang kurang kurang pandai add maths tu. Maths pun lambat apatah lagi add maths? Only Allah knows...

6- Jangan tangguh homework/ Buat homework bagi siap/ Dengaq cakap cikgu

7- Jangan mai sekolah lewat, biaq pi lah kalau tak kena denda pun kalau boleh jangan mai lewat, lewat pun jangan lebih 3 kali. Masa itu emas, mai sekolah awai pi date ngan marka dulu (ini bongok) mai sekolah awai pi lah baca buka ka study ka or buat baik dekat sekolah like kutip sampah, kemas kelas etc.

8- Please time jalan tengoklah keadaan, jangan dok berangan pasai boyfriend ka apa ka, nanti hang jatuh hang jugak yang malu.

banyak lagi pengalaman "nuckarl nuckcarl" yang pernah aku buat dekat SMK Bandar Baru Sintok tapi aku shot term memory, takleh nak sambung cerita lah kan? So, till then..


Aku duduk macam samseng. Diana (bawah) Aku (tengah) Mira (Kanan) Time form 4, orang lain tengah kemas kelas, aku dengan geng aku lepak dekat tangga while nyanyi & buat video gila. Hahaha good old times. Teheeeeee

Salam & Sayonara