17 December 2013

Cita citaku

Assalamualaikum readers

Giat pulak aku update blog kali ni maybe sebab aku boring sangat dekat rumah sampai taktau nak buat apa so, aku pun capai netbook then type apa yang terlintas dalam kepala hotak daku ini. Kali ni aku nak cerita pasal cita cita aku dari aku 5 tahun sampailah sekarang, 18 tahun of course!

 (5-14 tahun)

Hmm, masa peringkat umuq ni, aku nak tunjuk yang aku ni bukanlah budak yang excellent. Aku lambat banyak, susah nak paham tambah tambah maths sebab tu cita- cita pun aku taktau natang apa. Hahaha. Ohh btw, dulu masa aku 5-6 tahun gigi aku selalu patah then aku lap dekat tudung aku then tudung aku dipenuhi darah, pandai dak? And aku macam jantan dulu, tak main ah girly girly. Mihmihmih
(15 tahun) 

 Umuq 15 ja, mesti kebanyakkan cikgu kata kena ada cita- cita, tahun ni nak pmr, kenalah belajaq bersungguh- sungguh masuk sekolah elite (takdak kaitan kot dengan cita- cita) hahaha. Waktu aku form 3, kepala aku dok pikiaq nak jadi doktor ja hat lain takmau, tapi jadi doktor apa pun aku taktau. Pandai dak? Kalau cikgu tanya cita cita sensorang, aku gagahlah kalut tanya orang sebelah nak tiru cita cita depa sebabnya aku blank gila taktau nak jadi apa. Hahaha.
(16-17 tahun)

Masa form 4 bila cikgu tanya cita cita bajet semangatlah jawab tapi tak serious sikit pun sebab malas nak layan cikgu jawab pi la natang apa pun. Kepala hotak dok pikiaq nak balik rumah and nak date lepas kelas. Hahahaha pandai dak? Masuk form 5, cikgu direct buat serious tanya cita cita tapi aku dok garu pala lagu tu lah yang lain cita cita semua kebanyakkan nak jadi popular, dulu nak jadi ustaz/ ustazah la ni model lah, pelakon lah, penyanyi lah, macam- macam tapi hat syioknya ada jugak buat taktau cikgu tanya apa (itu kureng namanya) Tapi, aku dok ternganga sensorang taktau nak jawab apa.

Dulu time tunggu result SPM aku boringlah duduk rumah soooooooo setiap weekend aku selalu jugaklah duduk rumah teman tok aku tengok Safiyya. Okay, Safiyya ada dekat Tv9 hari apa aku tak ingat. Tok aku selalu paksa aku tengok dengan dia, ada ja dia kata tengok cara depa pakai tudung belit sana sini, adik tengoklah. Aku pun tengok sampai habeh tapi taklah selalu tengok tapi(banyak kali) first time tengok aku dah jatuh hati dengan pengacara Safiyya (Liyana Hisham) ya Allah, sumpah dia cantik sampaikan hari tu tengok haritu jugak aku nak jadi host.

SEBAB DIA CANTIK KA AKU TERUIH NAK JADI HOST? 

Dak, aku tengok gaya dia cakap, try makan makanan negeri- negeri lain, melawat kedai- kedai hat comei lote, interview depa ni, interview depa tu membuatkan aku teringin nak jadi macam dia. Aku takdaklah berani sangat nak cakap depan orang ramai, tambah pulak nak masuk dalam tv memang ketaq lutut lah cik tapi kalau diberi peluang, apa salahnya? Nak ja aku jadi host. Teringin tak terkata.

Kalaulah boleh tengok masa depan kita, mesti best kan? Mesti kita belajaq bersungguh sungguh. Tapi, malangnya memang kita tak boleh tengok pun, memang dalam dunia ni apa pun kena bersungguh sungguh, berak pun kena bersungguh sungguh what? Hahahaha, k aku loklaq. So, yang masih lagi dalam kekeliruan pasai cita cita, toksah dok buat tension teruklah, pi belajaq/ keja bersungguh sungguh, insyaAllah kita akan jadi apa yang kita nak jadi. Kuasa Allah swt jangan disoalkan, keep on praying!!!


Aku harap cita cita aku as a host kekal sampai bila bila, and aku harap aku akan jadi host yang agak dikenali suatu hari nanti bukan dekat Malaysia ja malah negara lain jugak. Hahahahahahaha, break a leg!!

Doa memohon berjaya dalam pelajaran atau mengejar cita cita
(source: funcrayons.blogspot.com)


Terjemahan:
'Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan sediakanlah petunjuk untuk kami (dalam menyelesaikan urusan kami)

[Surah Al- Kahfi, Ayat 10]

Salam & Sayonara