06 June 2012

Cantiknya, arwah Yasmin Hunwick.

Assalamualaikum readers

Aku rasa dah ramai kot yang dengar cerita pasal arwah Yasmin Hunwick ni. Bila kita tengok dia, mesti kita bermonolog dalaman seperti "Subhan'Allah, cantiknya dia", kan? Aku pun macam tu jugak. Muehehe. Perempuan pantang tengok perempuan cantik, sikit sikit nak jeles. Lelaki pun pantang tengok perempuan cantik, sikit sikit nak mengurat. What the heck?

Okay, fyi aku dah lama stalk arwah maybe since last year kot. Aku taktau macam mana boleh kenal dia tapi tak silap aku, aku jumpa blog dia. Sumpah tak terkata, memang best baca blog arwah sebabnya dia memang seorang yang super funny. Baca sikit, gelak banyak. Muehehehe. Sapa sokong? Me ! Me ! 

Aku stalk dia sampailah tahun ni. Aku suka tengok dia, muka dia memang lembut, comel, lawa, ayu dan sebagainya. Umur arwah sama dengan aku, sayangnya dia tak dapat ambil SPM tahun ni. Tapi, yang tu tak penting sebab bukan nyawa. Nyawa kalau hilang, memang selama lamanya kita hilang dari dunia. Kita dah takdak dalam dunia. Na'uzubillah.

Hmm, paling aku kesian dekat family arwah. Arwah ni anak sulung, mesti sedihkan ayah & ibu arwah. Takpa, uncle & auntie, saya sederkah Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di tempat orang yang soleh dan solehah. Arwah memang bertuah sebab trending dekat Twitter & masuk paper, means lagi ramailah manusia yang pemurah sederkahkan Al-Fatihah. Alhamdulillah.

Perasaan aku bila dapat tau orang yang selama ni aku stalk tu meninggal dunia, sangatlah terkejut ! Aku macam tak percaya langsung, aku rasa macam orang lain main main ja, malangnya arwah sudah pun tiada . . . 

Sederkahlah Al-Fatihah buat arwah Yasmin Hunwick. 

Salam & Sayonara.