02 December 2011

Ya Allah ! Aku sebak . . .

Assalamualaikum Readers

Agak lama aku menyepi, tapi kali ni kemunculan aku untuk update cerita, cerita yang amat menyentuh hati aku sendiri. Aku sebak sangat sangat. Aku juga takut. Astagfirullahalazim. Ya Allah.

Seperti semua yang tahu, Rara Zikry yang menghidap penyakit Hypoxic Ischaemic Encephalopath telah pun meninggal dunia. Dia baru ja meninggal kelmarin. Aku tak sanggup nak search lagi pasal dia, aku kesian sangat. Rara Zikry ni merupakan seorang perempuan yang sangat cantik, baik. Sampaikan, ada buat fan page lagi untuk dia. Lagi satu, memang ramai sangat yang support dia kembali baik seperti dulu. Fyi, aku baru ja dapat tau pasal Rara Zikry hari ni, walaupun dia dah lama sakit dari tahun lepas lagi. Lama kan? Sayangnya, dia pun telah meninggalkan dunia ni. Mana tau, Allah lebih sayangkan dia, moga Rara Zikry dicucuri rahmat & ditempatkan dengan orang orang yang soleh dan juga solehah.

Al - Fatihah, kawan kawan.



Apa yang aku nak bagitau ni benda yang betul, Rara Zikry atau nama sebenarnya, Zarith Nadhira Mohamad Zikri ni memang seorang yang sangat sangat sangat cantik. Aku suka tengok gambar dia, ciptaan Allah :')

Kedua, aku ada baca blog, Nurul Hidayati aka Nurul Cakap Cakap. Biasalah, aku memang minat baca blog dia, update ja, mesti aku baca. So, dia ada update pasal arwah Syareena Azman aka kawan dia, plus, dia ada buat video lagi untuk arwah, aku terus tengok, masyaAllah ! ! ! Cantiknya ciptaan Allah, cantik sungguh. Arwah Syareena Azman memang cantik, putih, pandai & lembut, tapi arwah dijangkit jangkitan tibi dan telah pun meninggal dunia pada 28 November 2011. Aku sedih sangat baca cerita pasal dia, nak terkeluar air mata aku, tapi aku tahan. Moga keluarga arwah dapat bersabar dan redha dengan ketentuanNya dan juga, Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang orang yang soleh dan solehah.



Al - Fatihah buat Arwah, Syareena Azman.

Aku takut kalau kehilangan kawan. Tapi, takut lagi aku kehilangan aku sendiri. Aku masih lagi tak sempurna, aku masih lagi selalu buat salah, aku takut. Ya Allah !
- Sempurna atau cacat, muda atau tua, kaya atau miskin, sihat atau sakit, dalam sekelip mata sahaja, Allah sentiasa boleh tarik nyawa kita. -ALLAH MAHA BERKUASA

Salam & Sayonara