Zebra Print Pointer 2 -->

02 December 2012

SPM is finally over!!!

Assalamualaikum Readers

Kembali meng-update-kan blog yang agak berhabuk ni. Kali ni banyak benda nak cerita, banyak sungguh sampai taktau nak update yang mana satu. Hahaha, over kan? *hidung kembang*

Masuk harini, dah 4 hari aku tak bergelar pelajar sekolah lagi. Say "Hell", say "Yeah" while garu ketiak. Sebenarnya aku agak sedih nak tinggaikan sekolah tapi nak buat macam mana, memang ditakdirkan macam tu, terima sajalah kan? *padahal dalam hati seronok* Okay, tak seronok pun nah, aku rindu sekolah, rindu kawan kawan, rindu kelas, rindu boyfriend? Hmmmmmmmm, favorite aku yang last sekali. Har har har.

Aku rasa aku paling sayang & suka sangat tahun ni. Nak tau kenapa? Sebab aku dapat berbaik dengan ex-enemy aku, re-close dengan kawan rapat aku yang sebelum ni & banyak lagi. Dalam banyak banyak tahun, tahun yang aku ambik SPM ni lah, tahun yang paling aku enjoy gila-mampuih dengan kawan kawan aku. Memang seronok gila, biasalah "Teenagers just wanna have fun", kan?

Banyak sangat aktiviti- aktiviti yang ada dekat sekolah before SPM, semuanya best. Thanks cikgu cikgu. Dengan aktiviti- aktiviti ni lah aku dapat mengeratkan silaturahim dengan semua classmates aku. Alhamdulillah. Kat situ seronoklah, mai tang belajaq gila-mampuih boring tak sangga. Hahahaaaaaaa.

Dulu jadual aku memang ketat gila dengan kelas tambahan, setiap hari kena pi sekolah, sampai jemu tengok muka orang yang sama. "Eh, hang lagi?!". Ayat tu memang wajib terkeluaq. Hmm, nak buat macam mana kan? Nak ambik SPM so kenalah rajinkan diri dengan kelas tambahan ni. Cewahhh, jadikan saya role model awak~ Muehehe, pretty please?

Disebabkan setiap hari ada kelas tambahan, kami selalu bebai. Kami bebai dengan cara, masuk kelas lewat, selalu bagi banyak alasan, hang out sana sini walaupun class dah start, dengaq earphone masa cikgu mengajaq, berlakon buat latihan dengan tekun, pi toilet setiap masa, bla bla bla dan yang paling aku ingat, time kena marah dengan Penolong Pentadbiran sekolah aku sebab pakai jeans ketat. Wehuuuuuu, malu ngan budak lelaki tapi apakan daya, muka control cun terpaksa dintonjolkan dengan penuh belagaknya. RT JIKA ANDA PERNAH CONTROL CUN. *kenyit mata*

Aku selalu bawak camera untuk study eh eh ambik gambaq setiap kali ada kelas tambahan, baguih dak? Hmm, kenangan what? So, my dear juniors "Bawaklah camera anda setiap masa walau dimana jua". Camera or phone lantak pi hang lewwww. Hahahaha, maaf bang terkasar bahasa~

Let's just continue with those memorable pictures. 
Credit to : Photographer tanpa gaji. Sekian, terima kasih. Muah. Kikikikiki.


Okay, penatnya upload!!! Tunggu punyalah lama, but then gambaq rosak? Thank you.

And, sambung dengan gambaq- gambaq hari last SPM, yay! What a memorable day cause everyone was like so freakin crazy & supporting, much thanks to Amzar for everything. Hahaha, wanna know why? Well, he bought 2 plastics of flour to celebrate our last day together, like hell yeah last day of school baybeyh, hah-ven. Look down, people~

See, look at Amzar! He threw flour at Rus, pity Rus. Be patient, okay? Lol.


Keseluruhannya, semakin hari aku semakin membesar (nak guna perkataan "tua" tapi tak sampai hati) har har har. So, aku kena jaga my own behavior and change my bad attitude to good. I hate being hot-tempered, too jealous, too cute??? etc. InsyaAllah, aku akan berubah someday, someday, someday.... Hahaha. If my sis read this she'll say "you're such a liar". Ahhh, I'll try okay? Hmmm, btw I'll never ever forget my 2012 classmates, I'll always love you guys no matter what. Please love me too *cute face* Please punch me in the face. Lol. Yay, no more school, no more uniform, no more homeworks, no more teachers??????? say whutttttt? Hahahaha. I'm gonna miss all my teachers, especially my account and history teachers! Both of them are so cool & supporting! Bla bla bla.

Goodbye school, hello bed!

Salam & Sayonara.

13 September 2012

Moga berkekalan abadi.

Assalamualaikum readers


Congrats cousins ! At last, kahwin jugak depa. Alhamdulillah. Aku excited gila join pi Perak semata mata nak tengok akad nikah Abg Timi (sepupu) & Akak Lili. Seronok k tengok orang kahwin. Bila pulak kita ni? Err, macam takmau kahwin pun ada, but kalau ada jodoh apa salahnya? *senyum kambing*

First time, aku tengok orang akad nikah time puasa. Ya Allah! Sekali dengan aku penat, dengan panas yang begitu terik, lapaq lagi. Memang deritalah pada hari itu. Kikiki. Tapi, aku tetap bersemangat nak posing sana sini. Okay, bangga disitu. Failed maths takmau bangga pulakkan? 

(NO COMMENT)

Let le pictures talking . . .

 
Nampak kegedikan ku disitu. Har har har. Mohon maaf.

Okay. Tamat cerita akad nikah disitu. Kita sambung dengan Kenduri Perkahwinan Abg Timi & Akak LiLi. Alhamdulillah, hari kenduri tu berjalan dengan baik sekali ! Wehoooooo ! Tambah pulak dengan ada lelaki hensem ni, lagilah baik ! Will you be mine? Desperate much? Ehemmmm. *cover malu*

Maaaaaaaaaalasnya nak type. Banyak benda nak cerita tapi tengah sakit kepala. So, terpaksalah stop dulu. Let's just continue with le pictures !

  
I wore blue kaftan that day.  Rasa macam vogue tetiba. Rasa ja tapi tak vogue pun, selekeh ada lah. Lol. And, look at my bag, yes, that blue bag! I freakin love it ! Abang bought that bag for me. Hihi, thanks bro!
................. Tetiba ja ada dalam post kahwin, why ah?
Moga berkekalan abadi . . . 

Salam & Sayonara.

09 September 2012

Eid Mubarak 2012

Assalamualaikum Readers.

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi


Okay, puas dah nyanyi? If tak puas boleh dengaq lagu tersebut dekat youtube. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya.

Dah berminggu minggu raya, harini aku baru terhegeh hegeh nak update. Biasalah, panjang sangat sebab tu yang jadi baluq liat sikit nak update tu. Kuikuikui. Serious, tak ingat nak cerita apa dah sebab dah lama berlalukan? Jadi blur seketika. Fyi, raya kali merupakan raya yang paling awesome ! Aku akan ingat sampai bila bila. InsyaAllah, kalau memori aku masih kuat. Har har har.

So, baju raya saya kali ni warna hitam. Baju awak pulak? Putih eh? Apa pun, semua orang mesti nampak lawa & hensem kan time first raya? Raya first ja pun k. Muehehehe. Alhamdulillah, wajib bersyukur. Tahun ni, kebanyakan orang perempuan pakai jubah ye? Wah, sumpah cantik even yang kosong. Serious.

Mohon kembang bontot. Terima kasih.

Raya kali ni, memang aku raya sungguh sebab after raya Trial pulak. Seminggu cuti, seminggu aku ghaye k. Mulut cakap nak study, pirahhhhhh ! Nampak sangat tipunya. So, memang tipu pun. Hahahahaha. Okay, kali ni first time family aku busy, setiap hari, mesti ada event. Okay, best yeyeahhhh ! Memang terlupalah kan nak baca buku? Wihihihihi.

Le Schedule :-
Ahad : Raya kat kampung, balik petang. Sepupu tiri datang berghaye.
Isnin : Beraya kat Pulau Pinang.
Selasa : Raya rumah jiran & kawan kawan ayah.
Rabu : Perkahwinan Abg Timi & Kak LiLi (sepupu)
Khamis : BBQ at kampung.
Jumaat : Beraya kat rumah jiran & shopping dengan siblings
Sabtu : Hantar abang balik KPM.

Okay, ini gambar gambar raya pertama. Takdak banyak sangat gambar sebab photographer banyak ambik gambar yang membosankan. Malas nak upload. Kikikiki.





 My big family. Satu kampung kami panggil ambil gambar. Yang takmau dipaksa mau. Ada yang dari Terengganu, Pahang, KL and many more. Seronok gila bila bergabung, satu rumah bising. Yeyeahhh ! Jumpa lagi raya tahun hadapan, InsyaAllah.

Yang ni pulak, raya kedua. Raya kedua dengan orang KL  & Pulau Pinang.



Salam & Sayonara.

31 August 2012

Low Self-Confidence (Girls)



Assalamualaikum readers

Just be yourself. Tak perlu malu malu sebab diri kita ini tersangatlah cantik dan indah. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada Tuhan kita iaitu Allah swt kerana telah mencipta kita dengan seimbang. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Bertukar aku to saya. Biar bahasa lembut dan cair bila dibacanya *duck face*

Saya sebagai seorang perempuan, saya mengaku saya selalu menghadapi masalah low self-confidence. Tidak kah anda seperti saya, wahai kaum hawa? Ramai kaum perempuan yang selalu tidak yakin pada diri mereka bahawa mereka itu sebenar- benarnya cantik. Yaa, ramai sangat. Including me.

Dulukan, masa saya darjah 5 hingga tingkatan 2, saya sering hendak dipuji orang ramai. Kadang- kadang tak dipuji pun saya dengan muka tak malu ni, puji diri sendiri. Haaa, apa boleh buat kan? Terlebih yakin cantik. LOL. Nasib baik kawan kawan saya yang comel lote *bodek* tu tak bagi penampar dekat pipi lendur saya ni. If not, habis merah, kalah blusher bapok tu. Hahahahhh *gelak tak ikhlas*.

Dulu bolehlah aku main perasan nak mampus, but now aku tak berani langsung nak perasan sebabnya, kalau dulu perasan pun, orang tak kata apa sangat, setakat kata dalam hati tu, tak heranlah kan. But now, perasan sikit pun dah p/ screen and upload on FB. Pasepa wei? Dah aku cantik nak buat cena bro? Jealous much? *ayat bangang* Sekadar bergurau.

About low self-confidence. Sometimes, bila saya tengok cermin dan cermin tengok saya, while berkata “kesian tengok diri hang. Hang hang ni memang, one direction maksud aku one hundred percent hodoh.” Ouch, sampai hati cermin, padahal aku yang sedang bermonolog dalaman. Hihihihi. Fyi, the more kita kutuk diri kita, the more kita akan rasa tak yakin pada diri kita. And, pernah tak awak rasa macam tu? Bohong kalau tak pernahkan? *menjelir lidah* Mesti awak cakap dekat saya, “then, dah tau, kenapa tanya?”, kemudian saya dengan muka blur tahap boring pun menjawab, “Ikut suka mak bapak toknek tokwan moyang aku ah bro!” *ayat bangang #2*

Aku cakap merapu ja yang banyak. Mohon maaf dipinta. LOL. Self- confidence saya sangatlah low. Yes, saya mengaku sometimes, saya tak berani tengok dan belek muka saya sendiri, rasa sangat hodoh. Kenapa? Sebab dulu, saya ada banyak jerawat dan parutnya. Sekarang pun apa kurangnya? Har har har. Saya malu sangat nak pergi sekolah, tapi sebab nak tuntut ilmu punya pasal, saya pun pergilah dengan hati tertutup. Kenapa hati tertutup? Sebab saya bukan nakpi sekolah pun, saya nak tidur atas katil ja. Muahahahahaha. Perhatian, ayat “sebab nak tuntut ilmu punya pasal tu, tujuannya adalah untuk melazatkan ayat sahaja. Sekian. See, merapu lagi? #PART MERAPU, don’t do this at home. Lalalala~

Fyi, dulu pernah ada sorang budak lelaki ni, mulut dia sangatlah lazer. Dia dengan beraninya kata dekat saya “muka Miyahlah, banyak jerawat” dan waktu itu satu kelas ada dan InsyaAllah mereka sedang mendengar apa yang lelaki tu telah kata pada saya. Tersentap mak nak, bila dengar dia kata macam tu. Tapi, apakan daya? Dah memang benda tu betul. Then, apa yang menyeronokkan saya sekarang ni, lelaki tu ada banyak sangat sangat jerawat dekat muka bulat dia tu. Tak tipu k, ini kisah 100% benar. Mohon percaya. Dan, ini maybe dia dapat balasan from Allah.

Walaupun muka saya masih lagi ada parut jerawat, saya langsung tidak mengendahkannya lagi. So, sekarang, saya boleh maju ke hadapan. (MACAM IKLAN KAT TV JA PUN) Sebabnya, saya yakin dengan diri saya dan saya takmau ambil kisah dengan apa yang orang nak kata dekat saya. Selagi saya tak buat salah, apa nak dikisahkan. Right? Wa sikit pun tak goyang maaa~



Now, kalau ada lelaki or perempuan, kata kita ni gemuk obes/ kering anorexia/ hodoh/ hitam negro/ putih albino/ MUKA BERJERAWAT/ dan lain- lain. Kita kata Alhamdulillah ja, tak perlu buat or kata apa apa. Sebab tak lama lagi, depa akan dapat balasan jugak. So, no worries girls ! Btw, janganlah malu nak show diri kita yang sebenar, macam mana pun rupa kita, kita tetap cantik. Believe me! Kita kenalah sentiasa bersyukur k, sebab Allah yang jadikan kita. If, ada orang kata kita hodoh pun, depa tu cemburu ja. Take note please. So, you just need to be yourself & always be thankful ! Jangan malu malu dah, if malu jugak, nyanyilah lagu This is Me – Demi Lovato, okay? Last but not least, let’s improve our self-confidence girls !

Salam & Sayonara.

30 July 2012

Sayang kawan kawan saya.


Assalamualaikum readers

Alhamdulillah. Dah 11 hari kita berpuasa, 18 days to go. Harap kalian semua banyak bersabar. Chill k chill. Muehehe. Sebenarnya, aku yang tak sabar tapi, kata dekat hampa pulak noh. Sorry mak cik, pak cik. Nah muah muah. Dah tak marahkan? Thanks, love !

Susah nak dapat kawan kan sekarang ni? Susah lagi nak dapat kawan baik. Awak setuju tak? Wajib setuju. If not, saya bagi tahi hidung kat awak. Awak tak nak kan? Hihihihi. Alhamdulillah. Saya ada ramai kawan. Kawan baik or not tolak tepi, yang saya tahu, saya ada ramai kawan. Ngertikan?  Kalau, awak nak tahu, saya sayang sangat kat kawan kawan saya, dorang I mean depa pun sayangkan saya. Kan? Kan? Farah, if awak ada baca blog saya, awak kena cakap yang awak sayang saya tau. Awak special sikit sebabnya awak selalu suruh saya puji awak, so kali ni saya nak awak ucapkan "I LOVE YOU, MIA", (MIA nama comel saya, MIYAH nama kasar saya)

Okay, cutie Pawah? *bodek*

Saya nak list-kan nama nama kawan saya. Nama sapa yang saya list-kan, mohon sayang lebih dekat saya. Salam. Ehhh, maksud saya. Andalah kawan yang baik, awesome, crazy, supporting, busuk, comel, cantik bagi saya. Hiuhiu. Mohon kembang bontot yang comel lagi "petak" itu. Please k please.

Aku tak-friendly-sangat tapi aku memang suka berkawan. Awak tak nak berkawan dengan saya? *lembut* Hang takmau kawan dengan aku ka? *kasaq* Muehehehe. Takmau kawan sudah kawin pun takpe, wak. Saya sangat bersyukur dapat kawan seperti mereka yang selalu tolong saya jika saya perlukan, ceriakan saya jika saya bersedih, gilakan saya bila saya muram, sokong saya bila saya perlukan, menjadi pendengar setia luahan saya, memahami saya bila saya runsing, menasihati saya jika saya salah, sayang saya bila saya sayangkan mereka. Alhamdulillah.Terima kasih, kawan.

Sayang kawan kawan saya :  Asni, Alin, Ifa, Mira, Wanie, Farah, Dena, Dila, Syud, FiFi, Rus, Fatin, Aniq, Isma, Izat, Qila, Dayah, No'en, Ayu, Amzar, Zati, Ecah & Lilah. Ada yang saya tak rapat dengan depa but who cares? Saya tetap sayang depa, dapat lagi pahala tau. Muehehehe. Awak nak tak pahala? If nak, so, sayanglah saya. Kikiki. *muntah*


Ada yang tak ada gambar, sorry ye awak. Saya takdak gambar awak awak sekalian. Tapi takpa tau, saya tak lupa awak awak sebab saya dah pun list-kan nama awak awak yang comel gitu kat atas. *cubit manja*
Aku sayang gila dekat hampa semua. Sampailah kita habis sekolah, aku janji aku takkan lupakan hampa. InsyaAllah. Hampa pun janganlah lupa aku tau. Aku bertuah sangat sebab dapat kawan macam hampa semua. Alhamdulillah, aku bersyukur.
Salam & Sayonara.

23 July 2012

Hello Pahang & Good Luck, Abang !

Assalamualaikum readers

Muehehehehe *gelak macam orang gila* Sudah lama ku menyepi, yaaaaaa aku malas nak update blog k. Sapa malas jugak? Garu ketiak please, 1 2 3 GO ! Puas garu ketiaknye? Hiuihiuhiu. Di kesempatan ini, kite ingin meng'wish'kan Happy Ramadhan to all muslims. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua. InsyaAllah.

Get to the point. Aku seronok update blog pasal abang aku sebab setiap kali nak cerita pasal abang mesti tak terhabis. Macam macam ada. Nah ambik number 012-5667855. Jangan salahkan aku kalau hang dapat bangla. Assalamualaikum. Jahatnya. 

Before, aku ada update pasal Good Luck, Abang but kali ni, Hello Pahang & Good Luck, Abang ! Tujuan aku update pasal abang ni sebabnya abang transfer ke Kolej Profesional Mara Pahang from Matrikulasi Kuala Nerang and nak wish good luck to abang and also I want to share my holiday in Pahang. Seronok gila kot dapat ponteng sekolah.  Dapat tau dekat cikgu, matilah aku. Har har har. At first memang aku takmau pi tapi, disebabkan abang ni terlalu baik dengan aku, aku pun ikutlah dengan 100% ikhlas.

And Alhamdulillah, worth it aku ikut !

Well, Worth it lah sebab ada ramai lelaki hensem okay. Tak sempat nak minta number. Lain kali, aku nak petik jari teruslah, nak tengok berapa orang mai beratur mintak number. Muehehehe. Sumiyah, jangan tunjuk desperate sangat boleh? Lalalala~ Nak tanya sikit boleh, memang jejaka Pahang ni hensem hensemkah? Nak satu boleh? *desperate lagi*

Nak cerita pasal abang or jejaka hensem ni? Okay, nak cerita pasal See Yew Soon. Ehhhh, silap silap. Pasal abang. Muehehehe. Sebenarnya, aku happy sangat time abang masuk Matrik sebab bagi aku orang yang masuk matrik tu memang orang pandailah tapi disebabkan abang tak boleh go on dia terpaksa stop. Hm, how sad? Tapi, Alhamdulillah abang boleh sambung belajar dekat KPM. Aku turut happy bagi pihak dia.

Before hantar abang ke KPM. Kami sekeluarga bersiar siar lah dulu. Memang puas hati okay. Sebabnya dapat posing sana, posing sini. Seronok sangat hang out dengan family. Syukur Alhamdulillah. Fyi, kami ada pergi bersantai dekat Teluk Cempedak. Memang awesome sebab pantai tu cantik sangat plus boleh cuci mata dengan melihat jejaka hensem Pahang. Pewwwitttttt *ala ala Amy Search*



K. Malas nak upload banyak banyak nanti orang kata apa pulakkan? Sikit sikit pun jadilah, asalkan ada. Hang ada? Muehehehe. So, kami menginap dekat sana selama 2 days and 1 night. Esok harinya, hantar abang ke KPM. Kesimpulannya, memang ramai gila-nak-mati handsome. The end.

Eh, wait ! ada lagi, ada lagi !

 Ucapan untuk abang : - Please & please jaga diri dekat sana, kita dah sangat berjauhan  not like before still dalam Kedah, setiap minggu kami boleh visit abang.  Now, memang susah kita nak jumpa cuma boleh bersembang through phone ja. So, tak selalulah kita nak face to face kan? But, I do miss you. Setiap hari adik teringatkan abang, abang lah yang selalu ingat kat adik, pi mana mana pun, abang tak pernah lupa adik. Terima kasih, abang ! Even though kita dah tak rapat like before, but I still and will always love you, okay? Apa pun, abang belajar elok elok tau, adik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk abang.

Adik sayang abang, selama lamanya . . .


Salam & Sayonara.

11 July 2012

Sports Day 2012

Assalamualaikum readers

Kembali semula. Rindu awak awak disana. Apa khabar orang kampung? Sihat? Alhamdulillah. Syukur kepada Allah swt kita masih lagi bernafas. Sebelum ni, aku dah janji to myself yang aku akan sentiasa update blog tapi, aku mungkir dengan janji sendiri.

Apakan daya?

Kali ni, aku bawak berita yang begitu gembira. Rabu lepas merupakan Hari Kejohanan Olahraga sekolahku yang tercinta iaitu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sintok. For the first time, sukan tahun ni lah  paling awesome than tahun tahun yang sebelum ni. Sumpah, aku bersyukur. Terima kasih, ya Allah. Aku sudah pun berjanji pada diri sendiri yang aku akan kumpul banyak memori untuk tahun ini. Yalah, tahun ni, tahun last aku bersekolah, Yay ! (dalam hati agak sedih tapi still excited nak habis sekolah)

Okay, sukan kali ni aku jadi pemegang bunga manggar. Agak seronok sebab tak pernah pernah lagi jadi sebelum ni. So, guess what? Kena pakai kebaya. Well, tak cantik mana pun but still happy sebab boleh pakai baju lain than baju sukan. Muehehehe, tapi lepas tu still kena tukar jugak. Tak perlulah jeles k. Agak perasan diva. Sorry, it's my fault act.

Aku tak masuk acara apa apa pun, like always. Muehehehe. Tapi aku join perbarisan. Best k, siap kena hujan lagi. But, yang sedihnya, we didn't win, memang menyedihkan. Tolong jangan gelak, thanks. Lol. Haaa, btw, hari sukan tu aku jadi PC. 50 % BEST, 50% LAME. Why? Let me tell you about being a PC. Tak tipu, juga tak bohong, memang memenatkan jadi PC. Tersangatlah menyesal k. Tapi, takpa aku jadi PC pun sebab dapat sijil ja, so okay lah kan? and I'm sure aku dapat jugak pahala sebab tolong beberapa mangsa yang lemah. Aceh, megah sikit ni. Muahahahaha. (ala ala evil laugh katakan)

So, here's the pictures . . .



Sorry, kebanyakkan aku letak gambar rumah Waja ja. Ya, rumah yang selalu kalah tu, takkan taktau? Muehehehe, tapi kami memang bersemangat waja kali ni, even dalam perbarisan tapi sayanglah kami kalah. Apa pun, you guys are rock !

And then, lepas habis perbarisan. Terus lari tukar baju, masuk sesi PC pulak. Ingatkan best, tapi habis kedua dua tangan aku, lenguh sangat. Demi sijil, aku buat jugak. Go Mia gooo ! Semangatkan? Semangat tolong orang tak ikhlas kot, sebab nak sijil ja. Muehehehe, kantoi sekejap.

Gambar dekat bawah ni, aku bersama dengan kawan kawan aku yang super crazy. Muah, I love them so muchie. Muehehehe, hampa pun kena love me so muchie jugak tau? Okay? Thank you, friends !


Salam & Sayonara.